Monday, September 28, 2009

R Kelly ft T Pain : I'm A Flirt... (besssttt siiioottt!!!)

(i'm a, i'm a, i'm a, i'm a) flirt
Soon as i see her walk up in the club (i'm a flirt)
Winkin eyes at me, when i roll up on them dubs (i'm a flirt)
Sometimes when i'm with my chick on the low (i'm a flirt)
And when she's wit her man lookin at me, damn right (i'm a flirt)
So homie don't bring your girl to meet me cuz (i'm a flirt)
And baby don't bring your girlfriend to eat cuz (i'm a flirt)
Please believe it, unless your game is tight and u trust her
Then don't bring her around me cuz (i'm a flirt)

[Verse 1: R. Kelly]
Now swear to tell the truth
And the whole truth
When it comes to hoes i be pimpin like i supposed to
Rollin like i supposed to
Shinin like i supposed to
In the club, fuckin wit honeys like i supposed to
I don't understand it when a nigga bring his girlfriend to club
Freakin all on the floor wit his girlfriend in the club
And wonderin why all these playas tryin to holla at her
Just soon as she go to the bathroom, nigga i'm gon holla at her
A dog on the prowl when i'm walkin through the mall
If i could man i probably would flirt wit all of y'all
Yeah, yeah homie u say she yo girlfriend
But when i step up to her i'ma be like, "cousin"
Believe me man, this is how them playas do it in the chi
And plus we got them playerette flirters in the chi
Now the moral of the story is cuff yo bitch
Cuz hey i'm black, handsome, i sing plus i'm rich and (i'm a flirt)

(i'm a, i'm a, i'm a, i'm a)

[T.I. Speaking:]
Hey homie, if u ain't gettin no money
U better keep her away from me ya dig.

[Verse 2: T.I.]
Well if u love ya girl
And wanna keep ya girl
Don't be walkin up and askin me to meet ya girl
Because i'm well enough a flirt when i speak to girl
She winked her eyes on the slide
I seent u girl
Better treat your girl right
Cuz another man will
Better eat ya girl like another man will
Cuz u leave your wife
And i see ya wife
That be for real
How long u think that's finna be ya wife
Well i'm livin the life
You just gettin it right
Your old lady look at me
Cuz u ain't hittin it right
She probably used to like u
Cuz u the bitter type
That's until i came along
And put some dick in her life
Wanna see how that ass lookin thick in da light
I noticed she was checkin me
And diggin the ice
And if i get that tonight
Better hit that twice
I can even make her mine
If i hit that price
You know smack that thang
Sit that right
Up on that dresser
Yeah that's right
Pullin on her hair
Like we gettin in a fight
Yeah i know it's kinda tight
But it'll suit 'er just right
So if yo girl sexy
And she test me
Don't be upset g
Cuz u might catch me
Tryin to catch a glance up her skirt
The mclaren in reverse
Then if i see her and i like her then i'm a flirt

[Verse 3: T-Pain]
(when i, when i, when i, when i) pull up to club
All the shawties be like (damn twenty-eight,eights)
Then i be like girl u know just who i am (don't hate, hate)
Say i done fell in love wit a stripper yall
All i do is flirt with her, and i get them draws
And i don't need no help, i got it down pact
Teddy paine was born to flirt now u can't down that
Now i'm flirt with her whether i'm in or out of town
That's why they call me teddy bend her ass down
I be like como se llamas lil mama? mi llamo pain, what is yo name?
I'm feelin yo vibe
And i'm hopin u feel the same
I'm a wink my eye and let u know i got the game
When i pass by i know exactly what u say
He's so fly
And yes, he's so coo
Hey shawty(hey shawty)
What it do
He mad cuz i'm lookin but i already fucked her
I got these niggas mad cuz (i'm a flirt)

[Chorus: R. Kelly]
(i'm a, i'm a, i'm a, i'm a) flirt
Soon as i see her walk up in the club (i'm a flirt)
Winkin eyes at me, when i roll up on them dubs (i'm a flirt)
Sometimes when i'm with my chick on the low (i'm a flirt)
And when she's wit her man lookin at me, damn right (i'm a flirt)
So homie don't bring your girl to meet me cuz (i'm a flirt)
And baby don't bring your girlfriend to eat cuz (i'm a flirt)
Please believe it, unless your game is tight and u trust her
Then don't bring her around me cuz (i'm a flirt)

(i'm a, i'm a, i'm a, i'm a)

[Verse 4: R. Kelly]
It's the remix
Now if u walk up in the club
Wit a bad chick
And she lookin at me
Then i'm gon hit
Man jackin for chicks
I tried to quit
But i'm playa homie
So i had to hit
While u buyin her drinks (in the club)
Actin like u (in love)
Stuntin like u (all thug)
We was (switchin numbers)
She lookin at u when i walk by
U turn yo head, she wink her eye
I can't help if she checkin for a platinum type of guy
She be callin me daddy, and i be callin her mommy
She be callin u kelly, when yo name is tommy
I don't know what yall be thinkin
When u bring em round me (mane)
Let me remind u that i am the king of r&b (mane)
Do u know what that means
That means if u love yo chick
Don't bring her to the vip
Cuz i might leave wit yo chick
Just keepin it real my nigga
It's a playa's feel my nigga
Don't take no bitch to the club when u just met her my nigga
Cuz i'm flirt wit her (right)
He gon flirt wit her (right)
And if she lickin dat good shyt
She gon flirt wit em

[Chorus: R. Kelly]
(i'm a, i'm a, i'm a, i'm a) flirt
Soon as i see her walk up in the club (i'm a flirt)
Winkin eyes at me, when i roll up on them dubs (i'm a flirt)
Sometimes when i'm with my chick on the low (i'm a flirt)
And when she's wit her man lookin at me, damn right (i'm a flirt)
So homie don't bring your girl to meet me cuz (i'm a flirt)
And baby don't bring your girlfriend to eat cuz (i'm a flirt)
Please believe it, unless your game is tight and u trust her
Then don't bring her around me cuz (i'm a flirt)

Kells, T.I., T-Pain
Ladies, if yo man ain't hittin' it right
Just call tha numba on tha screen
I'll be at yo rescue

Cerita tentang si dia....

assalamuaikum semua...
mungkin belum terlambat lagi,
utk aku mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


di kesempatan ini,
aku nk mohon ampun maaf ats segalanya...
terlalu byk slh dan silap aku di muka bumi ini....
errmmm....



coretan hari ni,
berkisar tentang si dia....
si dia yg amat bermakna utkku...
jadi,
aku amik masa ini,
walaupun sgt penat....
utk aku meluahkan,



~~~SESUATU TENTANG SI DIA~~~



(1) si dia yg ku kasihi....

si dia byk memberikan dorongan kepadaku,
byk membantuku mengapai hidupku kembali...
menarikku kembali di 'zaman gelap' di suatu ketika dulu...
si dia byk berkorban utkku, tatkala aku memerlukan...
terima kasih, wahai kamu....
(^_^)v...





(2) si dia yg ku sayangi...

dlm akademik, byk tunjuk ajar si dia berikan...
kami sma2 berusaha utk berjaya,
alhamdulillah, ianya berhasil...
semoga kami masih lagi
'saling lengkap melengkapi'
kasih syg yg diberikan,
cukup buatku bahagia bersama2nya...
renungan matanya,
mempamerkan sinaran cinta yg begitu indah...





(3) si dia yg ku rindui...

meskipun kdg2 kami jauh,
kdg2 kami dekat,
rindu itu makin kuat,
bertambah2 kuat...
meskipun kami sama2 sibuk,
namum ku percaya,
hatinya ada aku,
hati aku ada si dia...
(^_^)v...






akhirnya, SI DIA YG KU CINTAI...

terlalu byk pengorbanan dilakukan utk bersma,
namun si dia tetap tabah mengharungi segala2nya...
si dia tetap setia bersamaku, sehingga hari ini...
bagiku,
kejujuran & kesetiaan adalah kunci utk hatiku ini....
si dia ada segala2nya...

aku bermohon Ya Allah,
jika si dia adalah jodohku,
pertemukan ku dgnnya...
jika tidak,
aku ketahui itu adalah ketentuanMu...





yang benar,
Mohamad Amzar b Safar




Thursday, August 6, 2009

Anda Ingin Kelihatan Kurus Dgn Buah??? (^_^)v...

RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.

Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang
Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren
Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal
Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.


5. Tembikai
Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur
Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Tanda2 Si Dia Curang Kepada Anda (^_^)v...

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula 'memasang' yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.

Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.

Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.

Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.

Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.

Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.

Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.

Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.

Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.

Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.

Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.

Tidak lagi rajin menelefon anda
Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.

Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.

Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Tips Memahami Cemburu Wanita... (^_^)v...

Berikut ialah kriteria yang digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi ataupun rendah ke atas tiap-tiap tingkah-laku suami :

1. Eksklusif dengan isteri

Bagi wanita, tingkah-laku suaminya yang bersifat eksklusif, iaitu ia hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri seorang sahaja, diberi nilai yang amat tinggi oleh wanita. Contoh perbuatan eksklusif yang dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja ialah seks. Jadi, semua tingkah-laku seksual si suami diberi nilai yang sangat tinggi oleh isteri selagi tingkah-laku seksual itu hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri sahaja. Tingkah-laku seksual termasuklah semua perbuatan yang mengiringi nafsu seks, dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang paling tinggi nilainya. Itulah sebabnya setiap kali suaminya melakukan perbuatan-perbuatan seksual ke atas si isteri, maka si isteri mengecapi kepuasan yang sangat tinggi.

Kajian pakar-pakar mendapati lain-lain perbuatan lelaki yang dianggap eksklusif oleh wanita ialah:

a. Bercakap-cakap dan berbual-bual mesra lama-lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita-wanita yang menjadi rakan-rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi, bagi wanita perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu yang kuat apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang bercakap-cakap dan berbual-bual mesra dengan wanita lain, tanpa mengira siapa wanita itu kepada suaminya.

b. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

c. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Oleh yang demikian perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat.

Apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah-laku itu jatuh menjunam-junam di mata si isteri. Kepada si isteri, kini tingkah- laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu. Itulah sebabnya, sebarang tingkah-laku seksual suaminya yang menyebabkan perbuatan itu kini tidak lagi ekslusif dengan dirinya seorang, ia menimbulkan reaksi cemburu yang sangat kuat daripada isteri.

2. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki juga melakukan pelbagai perkara dengan orang-orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah-laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai yang rendah oleh si isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki-lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

3. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan-perbuatan baik dengan isterinya, mahupun dengan orang-orang lain. Sebagai contoh ialah perbuatan makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya dan juga dengan orang-orang lain. Perbuatan jenis ini diberi nilai yang sederhana tingginya. Setiap kali si suami makan bersama isterinya, si isteri berasa sederhana puas. Jadi perbuatan suaminya duduk makan semeja dengan rakan-rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah- laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah-laku itu turun, ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah-laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya. Sebagai contoh, jikalau suaminya menciumnya, dia berasa sangat puas kerana perbuatan itu adalah eksklusif. Apabila suaminya juga mencium wanita lain, dia akan berasa sangat cemburu. Akibatnya, apabila suaminya mencium dia, ciuman suaminya itu tidak lagi memuaskannya.

Itulah sebabnya, setelah seseorang lelaki berkahwin lain, seks yang serupa tidak lagi memberi kepuasan yang serupa kepada isteri tuanya. Malah ia mungkin tidak memberikan apa-apa kepuasan lagi kepadanya, kerana kini seks bukan lagi tingkah-laku suaminya yang eksklusif dengan dirinya seorang. Kini suaminya juga melakukan tingkah-laku seksual itu dengan wanita lain. Inilah faktor yang membuat nafsu seks isteri tua menurun ataupun hilang sama sekali apabila dia mengetahui bahawa suaminya melakukan hubungan seks dengan mana-mana wanita lain. Jadi, walaupun seseorang lelaki masih memberikan seks yang serupa kepada isterinya, si isteri tidak lagi mengecapi nikmat yang sama, kerana kini nilai tingkah-laku seksual suaminya sudah turun amat rendah, ataupun hapus sama sekali.

Tetapi apakah faktor yang sebenarnya menurunkan ataupun menghapuskan nilai tingkah-laku si suami?

1. Perubahan tafsiran

Nilai itu turun kerana setelah suaminya melakukan seks dengan wanita lain, kini si isteri memberikan tafsiran yang berbeza kepada semua tingkah-laku suaminya. Perubahan tafsiran itulah yang menurunkan nilai tersebut.

Kalau dulu si suami membelikan kain batik untuk si isteri dan pemberian itu ditafsirkan oleh si isteri sebagai "Tanda kasih suaminya kepada dirinya", tetapi setelah suaminya kahwin lain, kini si isteri mengatakan "Dia belikan kain batik sebab dia hendak menutup rasa bersalahnya." Tafsiran seperti itulah yang menyebabkan si isteri tidak lagi mendapat kepuasan yang sama daripada kain batik itu.

2. Perubahan penilaian

Kepuasan wanita juga hilang disebabkan cara-cara bagaimana dia kini menilai hubungannya dengan suaminya. Nilai itu berubah apabila dia tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dulu si isteri berasa puas dengan apa yang dinikmati dalam perkahwinannya. Dulu dia puas kerana sebelum suaminya curang kepadanya, dia menilai mutu hubungannya tanpa membandingkan dengan hubungan lain. Kini, dia percaya hubungan suaminya dengan dirinya tidak sebaik hubungan suaminya dengan wanita lain itu. Akibat perbandingan itu, si isteri percaya dia tidak menikmati hubungan yang sebaik apa yang dinikmati oleh suaminya dengan wanita tersebut. Dia percaya kini suaminya menikmati lebih banyak kepuasan dengan wanita itu, manakala dia sendiri berasa dia tidak sepuas suaminya. Dia juga percaya suaminya tidak berapa puas dengan dirinya dan suaminya lebih puas dengan wanita itu.

3. Ramalan negatif

Dengan persepsi seperti itu, si isteri yakin suaminya akan melabur lebih banyak ke dalam hubungannya dengan wanita lain itu. Malah dia percaya ada kemungkinan suaminya akan meninggalkan dirinya sama sekali. Itulah sebabnya kini dia tidak lagi menikmati rasa puas dengan hubungannya dengan suaminya, walaupun suaminya masih memberikan layanan yang sama seperti dulu.

4. Perubahan persepsi

Rasa tidak puas juga datang daripada persepsinya bahawa kini kasih sayang suaminya sudah berkurangan, walaupun suaminya beria-ia mengatakan itu tidak benar. Rasa tidak puas hati itu datang daripada perasaan bahawa dirinya kini sudah tersisih dan terkeluar daripada sebahagian aktiviti suaminya. Dalam lain perkataan, dia kini tahu bahawa ada kalanya suaminya melakukan aktiviti-aktiviti di mana dia tidak diberi tempat sama sekali, seperti apabila suaminya berada bersama-sama dengan wanita lain itu.

Dia juga juga membayangkan bahawa di dalam aktiviti-aktiviti tertentu, suaminya mendapat lebih banyak keseronokan apabila aktiviti itu dilakukan bersama wanita itu. Seterusnya, dia juga tidak puas hati lagi dengan apa-apa yang diterima daripada suaminya kerana kini perkara-perkara itu tidak lagi eksklusif baginya seorang. harap artikel ni dpt membantu kowang dgn memahami pasangan masing-masing dengan baik.

30 Petua Utk Bahagia.... (^_^)v...

MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di dunia ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemikian.

Rasa cinta, kasih sayang dan membina impian untuk hidup bahagia bersama pasangan yang dicintai menjadi harapan kepada pasangan bercinta.

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.

1. Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

3. Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

8. Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila- bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

14. Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.

23. Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

24. Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

Friday, June 5, 2009

CAMELIA- IRWANSYAH



camelia maafkanlah aku
karna ku tak bisa
temani tidurmu

camelia lupakanlah aku
yang tak
kau temui aku


kau wanita terhebat
yang pernah singgah di hatiku
kau wanita yang tegar
aku mohon lupakanlah aku


* sudahlah jangan menangis lagi
ku rasa cukup sampai di sini
mungkin di suatu saat nanti
kau temui cinta yang sejati


** sudah cepat lupakanlah aku
jangan pernah ungkit masa lalu
ku takut kekasihku pun tahu
kau pernah menjadi simpananku


camelia


kau wanita terhebat
yang pernah singgah di hatiku


repeat *, **


sudahlah jangan menangis lagi
ku rasa cukup sampai di sini
ku takut kekasihku pun tahu
kau pernah menjadi simpananku


CAMELIA

Thursday, June 4, 2009

~Pemikiranku~

Assalamualaikum...
lagi 3 hari,
utk aku pulang ke UPNM,
bagi menjalani latihan LKTA...



jujur aku katakan,
hari ini,
perasaan aku berkecamuk,
ingin memberontak, tapi ianya xpernah lepas...
masih tersimpan dalam hati...







ianya tidak melibatkan siapa2 pun org yg berada dalam hidup aku...
ianya cuma aku, dan diri aku sahaja...






maybe pagi ini,
aku disedarkan oleh org yg sudah 'biasa' dgn sikap dan perangai aku...
tentang situasi aku skrg ini...
dan seolah2 aku dah sedar,
di mana aku berdiri sekarang...





samada ianya benar atau tidak,
ianya nmpk seakan2 sama...
kehadiran aku dlm hidup seseorang itu,
mungkin di katakan utk melengkapkan kehidupan seseorang...





mmg aku sedar, dan aku faham,
aku mudah utk memberi nasihat, tunjuk ajar,
di mana, sebahagian org menganggap ianya adalah salah faham...
aku juga mudah utk berasa simpati, dan kasihan pada org...






Namun,
kali ini aku rasa,
aku begitu tabah,
aku bukan Amzar yg dulu,
yg mana mudah utk dipengaruhi,
mudah utk mengikuti...
aku adalah Diri Aku Sendiri...



Segalanya yg aku rancangkan,
adalah utk kebahagiaan semua pihak...






Mungkin,
aku terlalu SELFISH,
kerana terlalu memikirkan diri sndr, berbanding perasaan org lain...
tapi,
diri ini menjadi sebegini, kerana PERSEKITARAN & SITUASI...





Manusia mana yg xmahukan kebahagiaan??????
Aku pun mahukan kebahagiaan, bukan sahaja dlm hbgn, tapi kerjaya, famili dan mcm2 lagi...



NAMUN, JIKA KEBAHAGIAAN ITU TIADA UTKKU DI DUNIA INI, AKU MENGHARAPKAN MASIH ADA RUANG UTKKU BERBAHAGIA DI AKHIRAT KELAK...
AMIN YA ALLAH...





aku mendoakan segala2nya yg terbaik utk org2 yg sedang atau pernah berada di dalam hidup ini...
terima kasih, kerana menyayangi Mohamad Amzar bin Safar ini...
semoga Allah tunjukkan jalan yg terbaik utk kamu di dunia dan akhirat...



'DUNIA INI HANYA SEMENTARA'


akhir kata, aku ingin menyusun sepuluh jari,
memohon kemaafan dan pengampunan,
sekiranya selama Mohamad Amzar bin Safar ini hidup,
dia byk menyusahkan, menyakitkan kalian.


Minta halalkan makan dan minum dia...
Minta halalkan segalanya yg dia telah lakukan, tau dier sedang lakukan...


TANPA AKU SEDARI, AIR MATAKU BERCICIRAN...




xpe, aku pun manusia biasa,
tidak lari dari melakukan kesalahan,
dan air mata itu utk manusia biasa,
buat penenang hati...
utk membuka hatiku ingin, bagi menerima kenyataan...

akhir kata,
walau pun,
tiada kasih sayang utk aku dari sesama manusia,
namun aku masih mampu bahagia,
kerana Allah masih sayangkan aku...
memberikan aku nikmatNya yg tidak terhingga banyaknya...


SEMOGA ALLAH MEREDHAI KALIAN... I LOVE U ALL!!!!


-Alhamdulillah-

...mohamadamzar...





p.s= kalau ada ape2 nk diluahkan, harap sgt2 hantarlah komen...

Wednesday, June 3, 2009

Kenangan Terindah....

Assalamualaikum...
Aku suka utk menceritakan
kenangan2 yg pernah berlaku dlm diri ini...
yg xmungkin akan aku lupakan sepanjang hidup ku...
iaitu,
kenangan ketika aku baru melangkah ke alam sekolah menengah...
FORM 1...



bdk nakal... (bkn aku...)


Aku tiba2 teringat sbb, selalu aku borak2 dgn ikram (buddy aku sejak sekolah lagi) psl ape2 yg pernah berlaku masa form 1 di SMKGR (Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat)



kenangan bersama Keeper Team Bola Perak
(xigt nama dier...)



Mmg aku dikategorikan sbg ' BUDAK PALING NAKAL, TP GENIUS'
(mmg nakal tahap dewa, xcaya tanya kawan2 aku...)



kira mcm cerita Angel & Demon la..
ada certain part jd baik
tp byk part aku jd jahat...


ok, akan aku mulakan cerita ini...
(hehehehe... xmula lagi pun, aku dh gelak...)


Aku bermula dgn di kelas 1M...
yg majoritinyer budak2 melayu (bukan askar melayu ea...)


aku dilantik menjadi IC kelas,
(xigt mcmana aku leh kena lantik... mcm kena sabo je kot masa tuh...)



so, fhm2 la bila Demon jd IC kelas...
mmg budak dlm kelas jd haru biru la...
tp yg cantiknyer,
budk2 kelas aku nakal2, tp terkawal la...
sbb ktorg mmg xberapa nk bercampur dgn kelas lain...
1M dgn 1M sahaja...


dari kiri: ikram, fauzi, samsul,musaad,alif, aiman
bawah: aku, ntah xigt(hahaha...)




best tul...
terlalu byk sgt memori dgn kelas 1M...

byk sgt2 utk aku ceritakan...

just aku singkat2kan la, utk korg fahamkan...

1. toreh tangan mmbr (Daniel Samsuri @ Uri) sebanyak 3 kali, smpi kena mengadap PK HEM
2. Hampir2 nk kena belasah dgn Senior Form 3, sbb kaco awek dier, hahaha...
3. kalau nk kata, kaco2 bdk perempuan tuh, mmg byk la.. (toksah la nk cerita...)
4. masuk team senamrobik Rumah Hijau (ketua lak tuh...), then dpt byk glr kakak angkat...
5. main kejar2 dgn Choi Yee (bdk olahraga..), sakit gak la kena pukul hari2 dgn dier...
6. mmg aku KAKI BOLA la... (org pggl aku AMZAR BDK BOLA..)
7. suka buat havoc kt kelas, smpi ustazah ckp mcm ni..(kamu ini dh la ketua kelas, tp perangai mcm SETAN...), sedih glr:-(
8. ramai gak peminat... dpt dua hadiah masa birthday... (hehehe...)
9. jd PENGAWAS PERCUBAAN... mmg terbaik la, budak hantu jd pengawas...
10. tp dlm kelas, Sem 1 dpt no 3, Sem 2 dpt no 5 (ada pengaruh la skit2...)
11. nk tau, Cikgu Faizi (coach rugby suh bdk2 dier belasah aku, sbb tuduh aku curi bola rugby dier...), lancau punya cikgu...
12. Akhirnya, masa form 2, walaupun kejap, aku naik kelas, masuk kelas bdk2 NERD, 2S... (mmg xde life lgsg masuk kelas tuh...)



my friend 4ever... 1M 2000



OK....
ITU JE KOT

serba ringkas psl kehidupan aku masa form 1...
sbb ms form2-5 aku di RMC...
xde ape2 yg aku nk ckpkan psl RMC
(sbb semua lelaki... xmenarik...)

so, itu je utk tatapan korg...
ada ape2 nnt,
aku akan post lain...


budak2 1m 2000, kalau ada ape2 nk tambah,
hantar la kt komen...
hahahahaha...

sy bdk baik...




...ketua kelas 1M 2000 yg berjaya...


...amzarlegend...


Tuesday, June 2, 2009

Peralihan Waktu...

Assalamualaikum...
Aku masih lagi berada di rumah...
bercuti sampai 7 Jun 2009...



mcm2 perkara dh berlaku...
di mana,
membuka mata dan fikiran aku...
tentang segala2nya dlm kehidupan ini...
aku snts nk pegang perkataan ini,



KEJUJURAN



sbb ape,
bila kita bercakap benar, walaupun pahit mcmana pun,
hati kita akan rasa 'bebas',
&
percayalah,
if kita xjujur pada seseorang,
Allah akan tunjukkan jgk
suatu hari nnt.......
tidak dinafikan,
aku sndr pernah berlaku xjujur...
sbb...



MEMANG TIADA MANUSIA YG SEMPURNA...
TAPI MANUSIA SNTS INGIN MENCARI KESEMPURNAAN DLM HIDUP...
HINGGA LUPAKAN APE YG SUDAH PUN MENJADI MILIKNYA...



ape2 pun, yg penting,
setiap hari kita belajar sesuatu,
amik pengajaran atas setiap yg berlaku...




setiap perubahan keadaan yg berlaku,
kita kena ambil kira...
sentiasa positif dlm setiap yg berlaku...



BERSABAR DGN SETIAP DUGAAN YG BERLAKU,
DGN HARAPAN...


ALLAH AKAN MEMBALASNYA DGN KEBAHAGIAAN,
BIARPUN BUKAN DI DUNIA,
TP DGN HARAPAN, DI AKHIRAT KELAK...
amin...



utk makluman,
aku sudah pun menghabiskan sesi akademik...
bagi program


IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI
UTM-ATMA




Alhamdulillah,
berkat usaha, doa, dan sokongan dari org2 yg masih sayangkan diri ini,
aku berjaya menamatkan pengajian,
dgn keputusan yg aku rasa,



'BOLEHLAH AKU SAMBUNG MASTER NANTI'


hehehe...

skrg ini,
aku akan melibatkan diri dgn


LATIHAN KETENTERAAN TAHUN AKHIR (LKTA)

bagi membolehkan aku ditauliahkan sbg Pegawai Muda ATM...


InsyaAllah...

kepada keluarga, sanak saudara,kawan2, insan tersayang,
yg pernah berjuang bersama2ku,
byk berkorban utk aku
dlm menghabiskan pengajian akademik aku,
aku ucapkan,
JUTAAN TERIMA KASIH...



aku akan teruskan LKTA
yg diwar2kan selama 6 bulan itu...
aku pinta

DOAKAN KESEJAHTERAAN AKU...

DOAKAN SEGALA2NYA YG TELAH DIBINA, MASIH KEKAL DI SANA...

DOAKAN SEGALA2NYA MENJADI LANCAR...


amin...

semoga Allah merahmati kamu semua....

ok la...

aku pun nk sambung kerja skit ni,
maklumlah,
duduk rumah je...
kenalah buat keje2 rumah....
hehehe...

take care everybody...

Assalamualaikum



...mohamadamzar...



Monday, June 1, 2009

BERSABARLAH....

Assalamualaikum...
aku nk share sumthing dgn korg...
ini ape yg aku baca dlm buku...

nk korg semua hayati...
(tiada kaitan dgn mane2 yg masih hidup atau mati...)

Bismillah

Hanya untuk kali ini, aku catatkan percakapan duka nestapa,
Kesepian mengalir seperti sungai, sedangkan aku adalah laksana alam yg setia
menjadi penyaksi pada senja yg bertamu tidak mahu pergi pabila
malam mahu tiba...

Inilah satu-satunya kesetiaan yang paling aneh...

Aku merenung dalam diri, alangkah terkejut kerana kita sudah berenggang dlm misteri,
Aku sedar janji dan harapan sudah tidak boleh lanjut lagi,
wajahku sudah luka, kesabaranku terbaring di tanah sementara di sebelahnya
sekuntum bunga...

Peringatan padamu sudah tidak tersadai di muara kehadiran...

Kalau dulu, di antara perindu & pemuja ada ruang utk diisi, skrg sudah tidak begitu,
tidak lagi ku kembangkan harapan pada mimpi, buat apa aku kenang2kan suka duka itu,
kalau hanya utk titiskan air mata....

Kita semua tahu, kembang mmg tanpa batas,
jadi utk ape ghairah di tgh2 perjalanan hanya untuk menyeksakan...

Anggaplah pertemuan kita ini tidak pernah diduga maka
perpisahan juga berada di landasan yg sama...

Apa juga yg telah terusik rasa jangan diheret ke dalam mimpi esok hari lagi.
jgn digenggam malam sehingga erat kerana kenangan lalu kita sudah pucat...

Apa yg telah kita lahirkan di atas lambang cinta,biarkanlah ia terkulai layu
sama seperti berakhirnya musim...
sana seperti teduhnya angin, segala2nya sudah dingin...

Yang tinggal hanyalah bibir-bibir hitam yg sudah tidak berdaya utk bicara...



...........................................

amacam???
jiwang x???
ini xde ape2 pun...
just i found out,
ayat2 dier, mmg layan abis...
seronok...

jmp lagi...

daaaaaaa


v(^_^)v
peace no waR....


...mOhamad Amzar...

Sunday, May 24, 2009

Free Hit Everybody... !!!! ( ^_^ )v

Assalamualaikum Semua...
Huhuhu...
Penat betul...
Akhirnya...
Kembali jugak aku ke tanah airku sendiri....
Selepas berhempas pulas mengerah tenaga
di Sukan Masum UUM...



ok la...
Aku nk ceritakan...
Dari permulaan pergerakan Bas ke Masum,
hinggalah aku balik ke Rumah ini...
Dari A sampai Z...
DENGARKAN...






13 MEI 2009

Bermula dgn Upacara Penyerahan Bendera UPNM kpd kontijen MASUM...
mmg penat aku berdiri dgr ucapan NC yg mmg xreti nk pendekkan ucapan dier...
then, taklimat dgn CI...
(masa ini, aku ada dgn pengurus team, Mejar Shaharul, berbincang2 & dpt duit)


ok...
Tayar bergolek jam 1030...
(masa ini, semua menggelabah, ntah ape2 ntah, xde benda nk kejar pun...)




Perhentian Pertama... di R & R Tapah...
Perhentian Kedua... di R & R Gurun...
(xde ape2 nk ceritakan, turun bas, g makan, naik bas balik, huhuhu...)




Perjalanan memakan masa 10 jam gak la...
setibanya kami di UUM, pada 2030H...
bertapak di DPP Bank Mualamat...
Bilik Aku...
AP3-342... Bersama tn mizi & aie...




kami rehat2, then rollcall pertama jam 2230...
Taklimat pergerakan esok oleh Mejar Haji...
& perjumpaan pengurus...
(pengurus kami xdpt hadir, so aku dh replacekan dgn jnr intake 2008... hehehe..)




kami budak2 kriket,
g makan kt kafe DPP Yayasan Al-Bukhary
(utk makluman, DPP bermaksud Dewan Penginapan Pelajar...)



habis makan,
kemas2kan barang di dlm bilik,
then kami resttttttt........
(penat tul perjalanan 10 jam tuh...)

...zzzzzzZZZZZZzzzzz...



14 MEI 2009

Kami dijadualkan utk melihat venue perlawanan...
utk Kriket, di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH)
bila aku smpi,
mmg terkejut!!!
mcm haram padang dier...
dgn 'outfield' yg xdiurus...
siap ada tiang rugby di sblh 'center pitch'...

tapi...
nk wt mcmana...
pasrah je la...
(time ni, aku mula nk kutuk2 penganjuran UUM nih...)
baik main kt Kinrara Oval je...
hehehe...


then,
kami pergi melawat venue bola tampar lak,
kt Dewan Sri Menanti...
(sama je, punyalah banyak garisan2... hehehe...)


Habis2 bab melawat venue perlawanan...
kami pun pulang ke UUM...
Sebelah petang,
kami mulakan training kami...
utk persiapan keesokkan harinya...
UPNM vs UiTM


Sebelah malam,
xde ape2 pun...
aku berehat2...
g makan kt kafe DPP YAB yg murah glr...
(mmg diakui, makanan kt kedah nih, jauh lagi murah dr KL...)


Then rollcall jam 2230...
after that...
aku sbg team captain,
briefing anak buah aku utk persiapan game esok...
suh tido awal...
set mental utk menang perlawanan tersebut...
walaupun, game esok sgt2 tough...


hehehe....
yg penting...
smgt juang tuh mesti ada....
nite....
ZZZZZZZzzzzZZZZZZZZZ







15 MEI 2009

huhu...
aku bersiap2 seawal 0600H lagi...
sbb tayar bergolek jam 0700...


dlm bas,
mmg aku sambung tido balik...
perjalanan ke KSAH, Alor Setar.
memakan masa 45minit++
so kalau xtido,
mmg rugi la....
hehehehe....


pegawai pengurus kami...
di tukar kpd
Kapten Wan Mohd Rasidi TUDM...
(kalau diikutkan, dier adalah jnr tn mizi, tp GO, biasa lah...)


kami tiba awal di KSAH...
buat persiapan,
warming up...


tiba di saat yg ditunggu2...
TOSS COIN...
aku kalah!!!!



team UPNM kena Batting dulu...
(mmg time nih, shit tul... aku mmg xde luck...)


moral budak2 nih dh mula merudum...
sbb dorg mengharapkan supaya kami dpt Fielding dahulu...
memudahkan kerja...

so.. kami Batting...
Mmg Batsman UPNM,
cepat je Wicket...
Smpi turn aku...
Batting order No 8..


Golden Duck trus!!!



Sedih tul...


Total Runs UPNM = 77 Runs All-Out


Setibanya masa utk fielding,
aku dpt 2 important wickets...

1 = Opening Batsman Uitm
1= Batsman No 4 (Duck)


(ini kiranya, Comeback la drpd Batting aku yg mcm sial tuh... huhuhu...)


Overall...
Kami kalah pd Uitm
dgn kekalahan 6 Wickets...
Huurrmmm....
xleh nk buat ape2...


then,
aku bersolat jumaat di Masjid YAB, Alor Setar...
bershopping2 di Giant YAB...


then pulanglah ke UUM dgn
tangan kosong...........
(xpela, xde rezeki utk kami...)



sebelah petang dan malam...
tiada ape2 yg istimewa...
rest, g makan, rollcall, etc...
aku masih memikirkan...
ape strategi yg patut aku laksanakan???


ok... nite...
ZZZZZZZzzzzzZZZZZZZ







16 Mei 2009

aku memberi buah fikiran,
utk bergerak ke KSAH,
bagi menyaksikan perlawanan di antara


UUM vs UIA


(team dlm Group kami)
bermacam2 idea yg aku dpt...
contohnya...


-merehatkan azdeli utk jd bowler, sebaliknya meletakkan dier sbg batsman

-opening bowler aku beri kepada 'Adik Beradik Fuad'

-Saadun diturunkan ke Batting Order No 3

-Aku, sbg team captain berada di Batting Order No 5 (Savior's Place)



Yang lain, dikekalkan...



dan xdisangka2,
aku ditemubual oleh team buletin Masum 2009,
iaitu Joe & Umie...
hehehe....
(kalau nk tau, budak2 semua jeles sbb aku je diinterview... hehehe)



antara ape yg aku ckp...
aku yakin dgn kemenangan ke atas UUM
dgn peratusan 70%...
(giler berlagak...)



AMZAR : THE MAN WITH THE PLAN






17 Mei 2009

Sebelah pagi...
Aku xbercadang utk training...
tp sebelah petang...
aku dikejutkan, dgn team kriket dipaksa utk menonton perlawanan futsal...
padahal,
kami nk training...


ktorg hanya mendiamkan diri je...
xsorak lgsg utk team futsal...
penat beb nk melayan karenah org tua tuh...


so, kami mulakan training kul 4 petang...
kt batting nets UUM yg ntah ape2 ntah...
(xpe, syukur... asalkan ada pun ok, tgk UPNM, habuk pun xde...)


then sbelah malam...
berehat2...
smbil aku consult bdk2 aku...
supaya jgn overconfident sgt,
utk menghadapi team UUM...

zzzzzzzzZZZZZZzzzzzzzzzzz





18 Mei 2009...

Bertolak dari DPP Bank Muamalat jam 1100...
berdoa byk2 setibanya di KSAH...
errmm...


'Moral' xde pun,
sekadar hantar sms je...
xpe2...
demi kepentingan team...
so, game itu bermula dgn...

Aku...
SEKALI LAGI KALAH TOSS!!!
tapi,
aku diberi pilihan utk Fielding dahulu...
errmmm....
kami menghabiskan 25 overs itu...
dgn berikan UUM 160runs....


Prestasi aku lak...

Aku berjaya 'bowled' Team Captain UUM...

dgr khabarnya,
baru smpi dari Sri Lanka...
Laal namanya...
(seronok...)

Tibalah masanya utk 'Chasing The Big Target'...
xde masalah utk team aku kejar...
pencapaian team...
jnr aku dpt 65 runs...
aku lak...
bertahan hingga ke akhirnya...


36Runs Not-Out...


mmg pancit glr...
(penat nk mampus...)
tapi...
i earn respect from teammate...
(ini barulah ketua pasukan...)


seronok...


penat trus hilang waktu malam....
kami makan besar...
biasalah bila menang...
bukan senang team UPNM nk menang sumthing nih...



hari ini...
berakhir dgn senyuman
(^_^)v...

(Plan Worked...)








19 Mei 2009

mmg team kriket BEREHAT HABIS...
aku bercadang utk adakan 'light training' di sblh petang...
supaya dorg ada byk masa utk kriket...



bercakap ttg kemenangan smlm...
mmg menggembirakan...



xpernah2 team UPNM dpt kejar target yg begitu besar...
161runs...
kemenangan 6 wickets...

seronok sgt2...

huhuhu...
tp,
malangnya,
xdpt adakan latihan sbelah petang...
sbb,
HUJAN RAHMAT....

so,
berehat la kami...


malam hari,
mmg xbuat ape2 pun...
g makan dgn geng2 buletin Masum...
borak2 pasal life kt UUM...
dorg cakap

UUM ada 2 musim; Autumn & Falls...
(leh caya ke???... xpe layaannn...)

seronok bila kita tambah kawan2 di universiti lain...
byk benda kita belajar....
tp aku akui...
duduk Kedah mmg best...
( harap jgk, kalau aku dpt ddk Kedah ...)


ye la, makan murah...
cuaca pun ok je..
org2 kt sini, peramah sgt2...
senang aku dgn dorg...
hehehe...


cukup dgn cerita itu...
aku kena tido awal...
esok game,
UPNM vs UIAM

...zzzzZZZZzzzz...







20 Mei 2009

tibanya hari penentuan...
if UPNM menang game ini,
kami akan masuk separuh akhir...


dh la kami lambat dtg...
team UIAM dh ready2....
nasib dorg x complain kt Umpire pasal kelewatan kami...
(huhuhu... teruk tul foreigner nih...)


xpe2
dimulakan dgn Toss Coin...
kali ini...


AKU MENANG...
so, dimulakan dgn Fielding dulu...
aku punya strategi sndr...

.....................

keseluruhan fielding...
kami beri mereka 140runs
(byk gak tuh... tapi chaseable la kot...)

then,
pencapaian aku utk Bowling...
2-19
(mmg antara yg terbaik aku penah buat...)

smpi turn utk Batting....
mmg kami terpaksa akur dgn kekalahan...
team UIAM sgt2 mantap,
berbeza dgn yg dulu...


kami hanya smpi targer 91 runs sahaja...
Bowler2 UIAM sgt2 accurate...

so, kami pun pulang menaiki bas...
dan
dgr2 team ladies hoki UPNM pun kecundang dgn Uitm
18-0 tuh....
(mmg sedih...)

tp xpe...
lepas game tuh,
kami g Pekan Rabu...
jalan2...
aku siap leh tambahkan game lagi dlm PSP kesayanganku ini...
(baby girl jr... hehehe...)


nk tau,
aku siap leh hantar kasut sukan aku,
kt cobbler, utk jahitkan kasut aku tuh....
terbaik punya...
(preparation utk LKTA la katakan... hukhukhuk...)


then,
berakhirlah kempen kriket Masum UPNM...
aku pun secara rasminya,
BERSARA DARI KRIKET UPNM...


&


MEMULAKAN KARIER UTK PEMAIN KRIKET TENTERA DARAT PULA...



hari itu, aku xde wt ape2 sgt...
just rehat2 kt dorm...
then petang jalan2 dgn geng2 buletin...
dorg bwak aku bersiar2 kt sekitar UUM...
mmg best...



then sebelah malam, aku bersama rakan2 seperjuangan kriket,
g tgk bola sepak Masum Uni-League...
antara UMT dgn UTHM...
best gak la...


tapi jap je...
sbb aku kena g DPP Proton
(tmpt penginapan Masum fasa 2 & 3... nk amik kunci kt jr aku...)


kesian gak DPP Proton...
bilik air ada satu je, utk satu bangunan tuh
(masih dlm renovation utk toilet dier...)


mmg aku tido lewat hari ini...
nk menikmati hidup di UUM nih...
sbb lepas ini...
aku akan 'penat'...




21 Mei 2009...

xde benda pun aku buat hari ini...
pagi tgk rugby UPNM vs U ape ntah...
(lupa...)


boring tul...
(aku mmg xde mood nk tgk sukan, just nk tggu org tuh je...)


hehehe...
lepas tuh, g makan...
then tido...
pastu...
petang g pusing2 dlm UUM nih...
best gak la...


malam lak...
sambung jalan2 gak dgn geng2 buletin masum...


best sgt2...
kenangan yg pasti xkan aku lupai sepanjang hidup aku...
kenangan menjadi pelajar universiti selama 8 hari di UUM





22 Mei 2009

hari terakhir aku di UUM...
terasa kesedihan...
namun apekan daya...


setiap pertemuan pasti ada perpisahan...



semoga kita berjumpa lagi...


GOODBYE MASUM UUM 2009
(KENANGAN YG PASTI BERADA DI INGATANKU SMPI BILA2)


so,
itu sj yg dpt aku coretkan
berkenaan karnival sukan Masum UUM 2009 aku ini...


aku amat2 berharap...
aku akan teruskan bermain kriket...
kerana...


dgn kriket ini,
byk benda aku belajar...
byk perkara yg mematangkan aku,
dlm memimpin team UPNM...

biarpun xmenang,
tp
kerjasama dlm pasukan semakin meningkat...

akhir kata,
tercapat misi aku,
utk membawa pasukan kriket yg aku mula2 bentuk....
dgn sebatang kayu kriket jenama 'Hylite'

hingga ke equipment Gray Nicolls, dan segala kelengkapan2...


ok la....
time to sleep...
lama aku nk siapkan blog ni...


nite everybody...


FREE HIT!!!!!!!!!!!!

Monday, May 11, 2009

Dulu,Kini & Selamanya... HATI ini...

Assalamualaikum...
Ape yg aku harapkan selepas exam nih,
rupa2nya xkesampaian...

Satu persatu dugaan Allah dtg menimpaku...
Sampaikan aku rs, dh xleh nk bangun dh...



...kami bersama...

Tapi, ape2 ujian Allah, ada hikmah di sebaliknya...
Semoga Allah merahmati diriku ini dunia akhirat...



kenapa aku letak gmbr nih ea... lapar2...


Kita xleh nk salahkan org 100%,
kerna kita sndr melakukan byk kesilapan...
Dan aku sndr banyak melakukan kesilapan2
Cuma ape yg diharapkan,
Belajar dari kesilapan,
Matangkan diri,
dan jgn ulangi perkara tersebut...
itu je....


kenangan bersama.... selamanya....


Aku mmg sgt2 down...
Mmg smpi xtau yg aku kena hantar PSM utk dijilidkan,
smpi secure xpi parade...
Ape nk jadilah dgn aku nih


Aku kena kuat, utk hadapi semuanya,
barulah boleh utk pikul tggjwb2 yg lain...
dan,
aku ada perancangan utk masa depan KITA bersama...
tp, kita hanya merancang
Allah yg menentukan segala2nya...
kan???

So aku rasa,
itu sajalah nukilan hari nih,



...She always mine...

Ape pun...
Perasaan, hati,cinta, kasih ini,
TIDAK PERNAH BERUBAH WALAU SEDETIK PUN...
DAN XKAN BERUBAH HINGGA AKU HEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR...



....AmzarLegend...

Tuesday, May 5, 2009

Introducing.... hehehe....

Assalamualaikum semua...
dh lama aku xupdate blog aku nih...
(baru seminggu...)

ok la...
tajuk aku hari ini,
aku ingin memperkenalkan,
this is part of my family...
INTRODUCING....
PSP!!!!!!!


PSP 1000... kini milikku...




Antara spesifikasi2 yg terdapat dlm Playstation Portable(PSP) ini...


Aku baru je beli PSP hari sabtu lepas, masa aku jalan2 smbil tggu masa nk jemput Mrs. Legend pulang dari UTM...

nk dijadikan cerita,
dlm hati aku masa nk beli PSP nih,
dh berbelah bahagi...
samada aku nk beli mini laptop
atau pun beli PSP...

Aku amik keputusan,
kol mak, tanya betulkah tindakan aku if aku beli PSP....
dan,
mak kasi GREEN LIGHT...
pucuk dicita, ulam mendatang...
so, aku belilah PSP 1000
(versi lama tp still the best version ever compared to other latest PSP)

Antara game2 percuma yg aku dpt...



GTA Liberty City... 3 star...



Fifa Street 2... 4 star...


Silent Hill... 4 Star...




Prince Of Persia:Revelations... 3 Star(16 tahun ke atas)





Final Fantasy II Remake... 2 Star...





The Best Game Ever... Crisis Core: Final Fantasy VII
5 Star!!!!!





Prince Of Persia:Rival Swords..
4 Star...





Monster Hunter 2:Freedom... 5 Star (Leh Multiplayer dgn Housemate aku...)





Shinobido:The Way Of Ninja...
5Star(Terbaikkkk.....)




Sims 2:Castaway...
5 Star... (Best kalau sape yg nk belajar survival...)




Terbaik.... tp aku xbeli lagi...
Final Fantasy 7:Advent Children
Star3333........




so,
itu jela yg aku nk share dgn korang semua...
Untuk Makluman,
esok last paper aku utk last semester ini
SISTEM KUALITI
SUBJEK UTM, sama dgn Mrs. Legend...



so, wish us good luck guys...



Arigato...



v(^_^)v




..........amzarlegend...........


Wednesday, April 22, 2009

Perkara lelaki patut lakukan kpd teman wanita sdg period

1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadis gembira menerimanya. sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu

2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih meahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu

3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinbta dan pujinya cantik lebih-lebih.

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengunkit dia makan kek brownies semalam.

6. sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.

7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kami masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara

8. Adakah lebih baik kamu pelajri kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight kerana ia pilihan tepat..

Tips Memilih pasangan yang sesuai...

Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah
sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih
individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata
orang puteh "How sure are we that he or she is the
right person for us?"

Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai
perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali
kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah
menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan
sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak
mati.

Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi
seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau
sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua.

Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta
adalah segala-galanya.

Benarkah begitu bahawa cinta itu boleh datang dan
pergi? Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai
sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia
tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari
sekarang? Tentu sukar kerana ini bukan cerita
Hindustan tetapi realiti.

Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin
kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda
telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak
ansur pasangan sebelum anda berkahwin.

1. Pegangan Agama
Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri
memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik
serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau
saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti
bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang
baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?



2. Menyayangi Pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini?
Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha
dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika
setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau
lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain
sebelum ini, sanggupkah anda melupakan segala-galanya
dan mulakan hidup baru?



3. Kesihatan
Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan
masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah
atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan
mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa
anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari
segi mental? Tanya diri sendiri samada sanggup untuk
menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala
malang menimpa.



4. Zuriat
Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat.
Bincang perkara ini sedalam-dalamnya, adakah anda
berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang
wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang
kelihatan
sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik
jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai
perkara ini sebelum berkahwin?



5. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan
menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari
awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah
perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami
menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing
50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100%
perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji
sebagai simpanan keluarga. Jika suami mahukan isteri
menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda
telah berbincang mengenaiwang kocek ataupun elaun.
Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan.
Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar
semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan
keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu
sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang
SEBELUM anda berkahwin.



6. Kerjaya dan Cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi
wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan
mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya
yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami
mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan
atau sebaliknya? Bincang dengan hati
terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita
tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok
jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang
anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan
anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.



7. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah
anda seorang yang peramah manakala pasangan pula
seorang yang pendiam? Atau andakah anda seorang yang
pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah
anda? Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala
"opposite attracts" tetapi ada juga dari awal-awal
lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik
di antara satu sama lain kerana faktor lain seperti
rupa paras ataupun kedudukan.



8. Persefahaman
Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke
kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh
tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung
menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di
pagi raya!



9. Keluarga Mertua
Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua
adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan
rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga
pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda
bukan sahaja "berkahwin" dengan anak perempuan atau
anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.




10. Keperluan Seksual
"Absolutely no testing here!!". Maksud sebagai
keperluan seksual adalah... bolehkah pasangan anda
memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau
lelaki yang bakal anda kahwini mestilah
sekurang-kuranngnya menarik minat anda dari segi
seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian
daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!


Bonus Tip
* Sudahkah anda melakukan sembahyang sunat istikharah?
Seelok-eloknya lakukan ini sebelum anda masuk meminang
ataupun menerima lamaran seseorang.

Tuesday, April 14, 2009

Ku Sedar Segala2nya....


TERIMA KASIH... UNTUK SEGALANYA...



Saturday, April 4, 2009

Terima Kasih Part 2....

assalamualaikum
[4 April 2009 Jam 1540H]

sudah sekian lama xupdate betul2 Blog nih.... mcm2 perkara dan kejadian yang berlaku... Namun aku masih tabah dlm mengharungi pelbagai dugaan2 dan cabaran di dunia yg sementara ini... Xyah kita nk buang masa, Meh aku ceritakan ucapan terima kasih itu... Apakah maksud di sebaliknya? Siapakah insan2 bertuah itu? Segalanya2 akan dirungkaikan hari ini...


Cricketers UPNM


team terbaik UPNM-atas kiri (Shan, Arip,Shah Da Wicketkeeper, Mat Gor Da Giant,Mohamad Amzar B Safar-Captain, Hamizi-Accuracy Pacer,Azdeli-Brian Lara)
bawah dari kiri (Razak Opener, Fuad Da Hitter, Saadun Yaacob, Sachul Tendulkar, Guna, Fuad Abang)






Terima kasih aku ucapkan pada korg, kerana sejak mula penubuhan kelab kriket ini, sejak aku mula2 memakai Bat Hylite yg dah patah tuh, smpilah segala2 kelengkapan kita dpt skrg, korg masih sama2 support team ini...




kenangan training bersama utk Kejohanan Kriket Antara Perkhidmatan 2008
Dari kiri (Amzar Da Captain, Hamizi Da Accurate Pacer, Staf Ridwan, Zizok)





terima kasih kerana trus sokong aku sbg kapten team, terus bersama2 team walaupun mcm2 halangan dan tentangan dari pihak atasan yg sbnrnya xfhm jiwa seorang cricketers.
Team ini, punya potensi yg tersendiri...


Seorang kapten pasukan harusnya ada pandangan yg jauh utk pemain2nya...
(just like me...)





itu aku percaya sgt2, semoga selepas aku tauliah, Team Kriket UPNM akan terus maju dan mantap...




train harder!!!!
(persekitaran UKM Oval... training session utk penentuan tempat ketiga VS MMU)




biar keluar surat khabar lagi....
(hehehe, kepada Pasukan Kriket UTM, kami minta maaf, kami xrasuah pemberita utk siarkan berita itu, hehehe)


Nets Session for UPNM team
(Di Bayuemas Oval.... terbaik!!!!)
TERIMA KASIH...


Aku sertakan kenangan2 semasa Inter Service 2008 utk tatapan semua...

Bergambar kenangan di Penginapan Kem TUDM Kinrara
thanx to Mejar Dainan for this hospitality...







Mendapat tunjuk ajar drpd Fast Bowler- Anuar TUDM...
hasil = 7 wickets for this tournament!!!







barisan pemain utama 6s Tentera Darat
Dari Kiri (Ravindran Da Captain, Saadun Da Superstar, Azdeli Da Fast Bowler, Owen Da Left-Armer, Shah Da Wicketkeeper, Amzar Da Spinner)








Tempat pertama Loser's Pool utk 6s Cricket... Mengalahkan Navy...
Gagah Setia...









Bergambar kenangan bersama ex-coach Masum 2007
Kinrara Oval...










MAN TECH 2005 (PENGURUSAN TEKNOLOGI)
kita dah bersama2 sejak dari tarikh kita melapor ke ATMA ini...
aku ingin berterima kasih, atas bantuan korg, atas sokongan korg...
walaupun, ada di antara kita, pernah bergaduh, xpernah bertegur pun ada....
aku nk amik kesempatan ini, nk memohon keampunan atas segala2 salahlaku aku secara peribadi pada korg....



Bergambar kenangan di The Cage, Sri Petaling...
Dari kiri (Ismul, Syukran,Anep, Doo,Ray)
Bawah (Budi, AmzarLegend,Hafiz)






setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya...
hehehe...





bergambar kenangan di Restoran Tupai2, Jalan Dewan Bahasa
(Makan Malam Man Tech 2005)





terima kasih utk segala2nya yg berlaku...
hidup Man Tech 2005...





gambar kami....
(Man Tech di Belakang Blok Akademik, Durian Fest!!!)








terkantoi secure durian byk!!!
(bersama dayah... hahaha)







Seminar Ketuanan Melayu @ Putrajaya
Dari kiri(Amzarlegend,Ruzaini,Mael,Leong,Nantha Tot3,Mubasyir,Hafiz and so on)






Kenangan bersama AJK Malam Happy Hour Skuadron Alpha Tahun 2006...
(terima kasih kerna dlm menganjurkan malam ni, byk perkara aku telah pelajari)








Man Tech di Restoran Pelita @ Berdekatan KLCC
(Makan Malam Pertama kami sebagai satu jurusan...)







Annual Dinner Ke-2
Mereka(Azimah, Ismul,Budilinaries,Amzarlegend)







Man Tech 2005 di Royal Mint Selangor @ Shah Alam...
Sebelah kiri(Amzarlegend,Anep,Mubasyir,Hafiz,Nantha Gelap)
Sebelah kanan(Budi,Tiong,Doo,Leong)








Man Tech.... kita fitik sama2...
(Di perkarangan Mess Kadet... mcm haram semua!!! hahahaha)






Banyak sgt2 pengalaman bersama korg, yg mencuitkan hati, menitiskan air mata...
terima kasih skod... utk pengalaman selama 4tahun++...
harap di unit nnt, kita akan berjumpa lagi....
Risik...










FAMILY @ KELUARGAKU....

Mak, Abah, EZ, dan Farah...
terima kasih diucapkan atas segala2nya...
tanpa pengorbanan keluarga, xmungkin aku dpt smpi sehingga ke hari ini....
Berbakti utk keluarga, itu keutamaan diriku...
AZAL SAYANGKAN KAMU SEMUA!!!!!




Mohamad Amzar semasa Darjah 3
(Pengawas Sekolah tuh, tie punyalah besar!!!)





Introducing... My beloved siblings
(Farah Liyana, Mohamad Amzar, Mohamad Azraei)







Gambar semasa diriku masih kecik...
(^_^)v...





Anak Abah... hehehe...






Famili semasa menghantarku ke RMC...
(Abg Khairul, Mak Long, Pak Long, Emak dan Farah...)
masa ni, mukaku confiusssss.....








SI DIA DAN KELUARGA....

Biarpun pertemuan itu masih baru... tapi aku dpt rasakan kebahagiaan yg aku cari2 selama ini...
bersama adik2, ibu, along dan uda...
ianya cukup membahagiakan....
KASIH SAYANG DAN RESTU INI...
diharapkan biarlah sampai ke akhirnya...
TERIMA KASIH, kerna masih menerima diri ini yang terlalu byk kekurangannya...
semoga... dirimu dan keluarga sentiasa bahagia, dan dirahmati ALLAH....




K.A.M.I.







hehehe... kenangan mencuit hati...







terima kasih ibu, utk restu ini...







ni sape yg nk makan ni ea????
pelik2...
(celebrating her 22th birthday...)






kami yg ttido...zzzzzZZZZzzzz






bayang2 menjadi satu... weeee~








baru habis temankan amir main bowling + jemput si dia dari puduraya...







adikku.... nawi.... :-)






SAHABAT2....

terima kasih jgk kepada kawan2, sahabat yg bersama2 dgnku utk meneruskan perjuangan hidup ini...
kerjasama, pengorbanan yg kamu semua lakukan utkku, amat2 dihargai...
hanya Allah je yg dpt membalas segala2nya....
aku doakan,
segala2nya yg terbaik utk korg semua...
TERIMA KASIH KAWAN2...





anak buah platun 6 yg bertugas bersama2 aku..
(puan liyana, shafinaz, dan aqilah...)








tq kepada sesiapa yg tlg pad upkan aku nih...







skod aku di RMC dulu
(arab, hagil, amzarlegend)








mereka2 di Selayang Mall...
secure.... McD








karok smpi xigt solat jumaat!!!!
Selayang Mall...


Akhirnya, syukurku kehadrat Allah...
kerna jika bukan kerana ketentuanNya...
tidak mungkin aku di sini...
xmungkin aku akan duduk di bilik 5-2 masterbedroom ini,
di bilik Ketua Platun ini,
sambil minum milo ais dan menaip blog ini...

akhir kata....

TERIMA KASIH SEMUA!!!!!


~live your life~