Wednesday, April 22, 2009

Perkara lelaki patut lakukan kpd teman wanita sdg period

1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadis gembira menerimanya. sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu

2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih meahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu

3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinbta dan pujinya cantik lebih-lebih.

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengunkit dia makan kek brownies semalam.

6. sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.

7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kami masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara

8. Adakah lebih baik kamu pelajri kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight kerana ia pilihan tepat..

Tips Memilih pasangan yang sesuai...

Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah
sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih
individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata
orang puteh "How sure are we that he or she is the
right person for us?"

Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai
perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali
kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah
menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan
sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak
mati.

Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi
seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau
sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua.

Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta
adalah segala-galanya.

Benarkah begitu bahawa cinta itu boleh datang dan
pergi? Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai
sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia
tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari
sekarang? Tentu sukar kerana ini bukan cerita
Hindustan tetapi realiti.

Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin
kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda
telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak
ansur pasangan sebelum anda berkahwin.

1. Pegangan Agama
Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri
memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik
serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau
saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti
bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang
baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?



2. Menyayangi Pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini?
Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha
dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika
setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau
lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain
sebelum ini, sanggupkah anda melupakan segala-galanya
dan mulakan hidup baru?



3. Kesihatan
Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan
masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah
atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan
mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa
anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari
segi mental? Tanya diri sendiri samada sanggup untuk
menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala
malang menimpa.



4. Zuriat
Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat.
Bincang perkara ini sedalam-dalamnya, adakah anda
berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang
wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang
kelihatan
sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik
jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai
perkara ini sebelum berkahwin?



5. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan
menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari
awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah
perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami
menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing
50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100%
perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji
sebagai simpanan keluarga. Jika suami mahukan isteri
menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda
telah berbincang mengenaiwang kocek ataupun elaun.
Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan.
Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar
semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan
keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu
sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang
SEBELUM anda berkahwin.



6. Kerjaya dan Cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi
wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan
mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya
yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami
mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan
atau sebaliknya? Bincang dengan hati
terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita
tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok
jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang
anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan
anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.



7. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah
anda seorang yang peramah manakala pasangan pula
seorang yang pendiam? Atau andakah anda seorang yang
pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah
anda? Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala
"opposite attracts" tetapi ada juga dari awal-awal
lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik
di antara satu sama lain kerana faktor lain seperti
rupa paras ataupun kedudukan.



8. Persefahaman
Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke
kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh
tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung
menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di
pagi raya!



9. Keluarga Mertua
Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua
adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan
rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga
pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda
bukan sahaja "berkahwin" dengan anak perempuan atau
anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.




10. Keperluan Seksual
"Absolutely no testing here!!". Maksud sebagai
keperluan seksual adalah... bolehkah pasangan anda
memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau
lelaki yang bakal anda kahwini mestilah
sekurang-kuranngnya menarik minat anda dari segi
seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian
daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!


Bonus Tip
* Sudahkah anda melakukan sembahyang sunat istikharah?
Seelok-eloknya lakukan ini sebelum anda masuk meminang
ataupun menerima lamaran seseorang.

Tuesday, April 14, 2009

Ku Sedar Segala2nya....


TERIMA KASIH... UNTUK SEGALANYA...



Saturday, April 4, 2009

Terima Kasih Part 2....

assalamualaikum
[4 April 2009 Jam 1540H]

sudah sekian lama xupdate betul2 Blog nih.... mcm2 perkara dan kejadian yang berlaku... Namun aku masih tabah dlm mengharungi pelbagai dugaan2 dan cabaran di dunia yg sementara ini... Xyah kita nk buang masa, Meh aku ceritakan ucapan terima kasih itu... Apakah maksud di sebaliknya? Siapakah insan2 bertuah itu? Segalanya2 akan dirungkaikan hari ini...


Cricketers UPNM


team terbaik UPNM-atas kiri (Shan, Arip,Shah Da Wicketkeeper, Mat Gor Da Giant,Mohamad Amzar B Safar-Captain, Hamizi-Accuracy Pacer,Azdeli-Brian Lara)
bawah dari kiri (Razak Opener, Fuad Da Hitter, Saadun Yaacob, Sachul Tendulkar, Guna, Fuad Abang)






Terima kasih aku ucapkan pada korg, kerana sejak mula penubuhan kelab kriket ini, sejak aku mula2 memakai Bat Hylite yg dah patah tuh, smpilah segala2 kelengkapan kita dpt skrg, korg masih sama2 support team ini...




kenangan training bersama utk Kejohanan Kriket Antara Perkhidmatan 2008
Dari kiri (Amzar Da Captain, Hamizi Da Accurate Pacer, Staf Ridwan, Zizok)





terima kasih kerana trus sokong aku sbg kapten team, terus bersama2 team walaupun mcm2 halangan dan tentangan dari pihak atasan yg sbnrnya xfhm jiwa seorang cricketers.
Team ini, punya potensi yg tersendiri...


Seorang kapten pasukan harusnya ada pandangan yg jauh utk pemain2nya...
(just like me...)





itu aku percaya sgt2, semoga selepas aku tauliah, Team Kriket UPNM akan terus maju dan mantap...




train harder!!!!
(persekitaran UKM Oval... training session utk penentuan tempat ketiga VS MMU)




biar keluar surat khabar lagi....
(hehehe, kepada Pasukan Kriket UTM, kami minta maaf, kami xrasuah pemberita utk siarkan berita itu, hehehe)


Nets Session for UPNM team
(Di Bayuemas Oval.... terbaik!!!!)
TERIMA KASIH...


Aku sertakan kenangan2 semasa Inter Service 2008 utk tatapan semua...

Bergambar kenangan di Penginapan Kem TUDM Kinrara
thanx to Mejar Dainan for this hospitality...







Mendapat tunjuk ajar drpd Fast Bowler- Anuar TUDM...
hasil = 7 wickets for this tournament!!!







barisan pemain utama 6s Tentera Darat
Dari Kiri (Ravindran Da Captain, Saadun Da Superstar, Azdeli Da Fast Bowler, Owen Da Left-Armer, Shah Da Wicketkeeper, Amzar Da Spinner)








Tempat pertama Loser's Pool utk 6s Cricket... Mengalahkan Navy...
Gagah Setia...









Bergambar kenangan bersama ex-coach Masum 2007
Kinrara Oval...










MAN TECH 2005 (PENGURUSAN TEKNOLOGI)
kita dah bersama2 sejak dari tarikh kita melapor ke ATMA ini...
aku ingin berterima kasih, atas bantuan korg, atas sokongan korg...
walaupun, ada di antara kita, pernah bergaduh, xpernah bertegur pun ada....
aku nk amik kesempatan ini, nk memohon keampunan atas segala2 salahlaku aku secara peribadi pada korg....



Bergambar kenangan di The Cage, Sri Petaling...
Dari kiri (Ismul, Syukran,Anep, Doo,Ray)
Bawah (Budi, AmzarLegend,Hafiz)






setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya...
hehehe...





bergambar kenangan di Restoran Tupai2, Jalan Dewan Bahasa
(Makan Malam Man Tech 2005)





terima kasih utk segala2nya yg berlaku...
hidup Man Tech 2005...





gambar kami....
(Man Tech di Belakang Blok Akademik, Durian Fest!!!)








terkantoi secure durian byk!!!
(bersama dayah... hahaha)







Seminar Ketuanan Melayu @ Putrajaya
Dari kiri(Amzarlegend,Ruzaini,Mael,Leong,Nantha Tot3,Mubasyir,Hafiz and so on)






Kenangan bersama AJK Malam Happy Hour Skuadron Alpha Tahun 2006...
(terima kasih kerna dlm menganjurkan malam ni, byk perkara aku telah pelajari)








Man Tech di Restoran Pelita @ Berdekatan KLCC
(Makan Malam Pertama kami sebagai satu jurusan...)







Annual Dinner Ke-2
Mereka(Azimah, Ismul,Budilinaries,Amzarlegend)







Man Tech 2005 di Royal Mint Selangor @ Shah Alam...
Sebelah kiri(Amzarlegend,Anep,Mubasyir,Hafiz,Nantha Gelap)
Sebelah kanan(Budi,Tiong,Doo,Leong)








Man Tech.... kita fitik sama2...
(Di perkarangan Mess Kadet... mcm haram semua!!! hahahaha)






Banyak sgt2 pengalaman bersama korg, yg mencuitkan hati, menitiskan air mata...
terima kasih skod... utk pengalaman selama 4tahun++...
harap di unit nnt, kita akan berjumpa lagi....
Risik...










FAMILY @ KELUARGAKU....

Mak, Abah, EZ, dan Farah...
terima kasih diucapkan atas segala2nya...
tanpa pengorbanan keluarga, xmungkin aku dpt smpi sehingga ke hari ini....
Berbakti utk keluarga, itu keutamaan diriku...
AZAL SAYANGKAN KAMU SEMUA!!!!!




Mohamad Amzar semasa Darjah 3
(Pengawas Sekolah tuh, tie punyalah besar!!!)





Introducing... My beloved siblings
(Farah Liyana, Mohamad Amzar, Mohamad Azraei)







Gambar semasa diriku masih kecik...
(^_^)v...





Anak Abah... hehehe...






Famili semasa menghantarku ke RMC...
(Abg Khairul, Mak Long, Pak Long, Emak dan Farah...)
masa ni, mukaku confiusssss.....








SI DIA DAN KELUARGA....

Biarpun pertemuan itu masih baru... tapi aku dpt rasakan kebahagiaan yg aku cari2 selama ini...
bersama adik2, ibu, along dan uda...
ianya cukup membahagiakan....
KASIH SAYANG DAN RESTU INI...
diharapkan biarlah sampai ke akhirnya...
TERIMA KASIH, kerna masih menerima diri ini yang terlalu byk kekurangannya...
semoga... dirimu dan keluarga sentiasa bahagia, dan dirahmati ALLAH....




K.A.M.I.







hehehe... kenangan mencuit hati...







terima kasih ibu, utk restu ini...







ni sape yg nk makan ni ea????
pelik2...
(celebrating her 22th birthday...)






kami yg ttido...zzzzzZZZZzzzz






bayang2 menjadi satu... weeee~








baru habis temankan amir main bowling + jemput si dia dari puduraya...







adikku.... nawi.... :-)






SAHABAT2....

terima kasih jgk kepada kawan2, sahabat yg bersama2 dgnku utk meneruskan perjuangan hidup ini...
kerjasama, pengorbanan yg kamu semua lakukan utkku, amat2 dihargai...
hanya Allah je yg dpt membalas segala2nya....
aku doakan,
segala2nya yg terbaik utk korg semua...
TERIMA KASIH KAWAN2...





anak buah platun 6 yg bertugas bersama2 aku..
(puan liyana, shafinaz, dan aqilah...)








tq kepada sesiapa yg tlg pad upkan aku nih...







skod aku di RMC dulu
(arab, hagil, amzarlegend)








mereka2 di Selayang Mall...
secure.... McD








karok smpi xigt solat jumaat!!!!
Selayang Mall...


Akhirnya, syukurku kehadrat Allah...
kerna jika bukan kerana ketentuanNya...
tidak mungkin aku di sini...
xmungkin aku akan duduk di bilik 5-2 masterbedroom ini,
di bilik Ketua Platun ini,
sambil minum milo ais dan menaip blog ini...

akhir kata....

TERIMA KASIH SEMUA!!!!!


~live your life~

Friday, April 3, 2009

Renunglah Org Kesayangan Kamu Tidur...

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka...
Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.



Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.



Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.



Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.



Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda.... Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai tubuh kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya itu sering kita salah ertikan.



Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai.. sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...



Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah Kenapa selalu saja nampak besar.



Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.



Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah untuk KITA.....
Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak dan juga rumah.



Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.



Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang yg terkasih itu" tidak lagi membuka matanya, untuk selama lamanya"

Thursday, April 2, 2009

UNFAITHFUL... (huhuhu...)

Story of my life
Searching for the right
But it keeps avoiding me
Sorrow in my soul
Cause it seems that wrong
Really loves my company


He's more than a man
And this is more than love
The reason that the sky is blue
The clouds are rolling in
Because I'm gone again
And to him I just can't be true


And I know that he knows I'm unfaithful
And it kills him inside
To know that I am happy with some other guy
I can see him dying


I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be...
A murderer


I feel it in the air
As I'm doing my hair
Preparing for another date
A kiss upon my cheek
As he reluctantly
Asks if I'm gonna be out late
I say I won't be long
Just hanging with the girls
A lie I didn't have to tell
Because we both know
Where I'm about to go
And we know it very well


Cause I know that he knows I'm unfaithful
And it kills him inside
To know that I am happy with some other guy
I can see him dying


I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be...
A murderer

Our love, his trust
I might as well take a gun and put it to his head
Get it over with
I don't wanna do this
Anymore
Uh
Anymore (anymore)

I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
And everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
And I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be...
A murderer (a murderer)

No no no no

Yeah yeah yeah