Thursday, August 6, 2009

Anda Ingin Kelihatan Kurus Dgn Buah??? (^_^)v...

RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.

Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang
Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren
Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal
Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.


5. Tembikai
Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur
Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Tanda2 Si Dia Curang Kepada Anda (^_^)v...

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula 'memasang' yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.

Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.

Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.

Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.

Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.

Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.

Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.

Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.

Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.

Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.

Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.

Tidak lagi rajin menelefon anda
Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.

Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.

Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Tips Memahami Cemburu Wanita... (^_^)v...

Berikut ialah kriteria yang digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi ataupun rendah ke atas tiap-tiap tingkah-laku suami :

1. Eksklusif dengan isteri

Bagi wanita, tingkah-laku suaminya yang bersifat eksklusif, iaitu ia hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri seorang sahaja, diberi nilai yang amat tinggi oleh wanita. Contoh perbuatan eksklusif yang dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja ialah seks. Jadi, semua tingkah-laku seksual si suami diberi nilai yang sangat tinggi oleh isteri selagi tingkah-laku seksual itu hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri sahaja. Tingkah-laku seksual termasuklah semua perbuatan yang mengiringi nafsu seks, dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang paling tinggi nilainya. Itulah sebabnya setiap kali suaminya melakukan perbuatan-perbuatan seksual ke atas si isteri, maka si isteri mengecapi kepuasan yang sangat tinggi.

Kajian pakar-pakar mendapati lain-lain perbuatan lelaki yang dianggap eksklusif oleh wanita ialah:

a. Bercakap-cakap dan berbual-bual mesra lama-lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita-wanita yang menjadi rakan-rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi, bagi wanita perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu yang kuat apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang bercakap-cakap dan berbual-bual mesra dengan wanita lain, tanpa mengira siapa wanita itu kepada suaminya.

b. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

c. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Oleh yang demikian perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat.

Apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah-laku itu jatuh menjunam-junam di mata si isteri. Kepada si isteri, kini tingkah- laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu. Itulah sebabnya, sebarang tingkah-laku seksual suaminya yang menyebabkan perbuatan itu kini tidak lagi ekslusif dengan dirinya seorang, ia menimbulkan reaksi cemburu yang sangat kuat daripada isteri.

2. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki juga melakukan pelbagai perkara dengan orang-orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah-laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai yang rendah oleh si isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki-lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

3. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan-perbuatan baik dengan isterinya, mahupun dengan orang-orang lain. Sebagai contoh ialah perbuatan makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya dan juga dengan orang-orang lain. Perbuatan jenis ini diberi nilai yang sederhana tingginya. Setiap kali si suami makan bersama isterinya, si isteri berasa sederhana puas. Jadi perbuatan suaminya duduk makan semeja dengan rakan-rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah- laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah-laku itu turun, ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah-laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya. Sebagai contoh, jikalau suaminya menciumnya, dia berasa sangat puas kerana perbuatan itu adalah eksklusif. Apabila suaminya juga mencium wanita lain, dia akan berasa sangat cemburu. Akibatnya, apabila suaminya mencium dia, ciuman suaminya itu tidak lagi memuaskannya.

Itulah sebabnya, setelah seseorang lelaki berkahwin lain, seks yang serupa tidak lagi memberi kepuasan yang serupa kepada isteri tuanya. Malah ia mungkin tidak memberikan apa-apa kepuasan lagi kepadanya, kerana kini seks bukan lagi tingkah-laku suaminya yang eksklusif dengan dirinya seorang. Kini suaminya juga melakukan tingkah-laku seksual itu dengan wanita lain. Inilah faktor yang membuat nafsu seks isteri tua menurun ataupun hilang sama sekali apabila dia mengetahui bahawa suaminya melakukan hubungan seks dengan mana-mana wanita lain. Jadi, walaupun seseorang lelaki masih memberikan seks yang serupa kepada isterinya, si isteri tidak lagi mengecapi nikmat yang sama, kerana kini nilai tingkah-laku seksual suaminya sudah turun amat rendah, ataupun hapus sama sekali.

Tetapi apakah faktor yang sebenarnya menurunkan ataupun menghapuskan nilai tingkah-laku si suami?

1. Perubahan tafsiran

Nilai itu turun kerana setelah suaminya melakukan seks dengan wanita lain, kini si isteri memberikan tafsiran yang berbeza kepada semua tingkah-laku suaminya. Perubahan tafsiran itulah yang menurunkan nilai tersebut.

Kalau dulu si suami membelikan kain batik untuk si isteri dan pemberian itu ditafsirkan oleh si isteri sebagai "Tanda kasih suaminya kepada dirinya", tetapi setelah suaminya kahwin lain, kini si isteri mengatakan "Dia belikan kain batik sebab dia hendak menutup rasa bersalahnya." Tafsiran seperti itulah yang menyebabkan si isteri tidak lagi mendapat kepuasan yang sama daripada kain batik itu.

2. Perubahan penilaian

Kepuasan wanita juga hilang disebabkan cara-cara bagaimana dia kini menilai hubungannya dengan suaminya. Nilai itu berubah apabila dia tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dulu si isteri berasa puas dengan apa yang dinikmati dalam perkahwinannya. Dulu dia puas kerana sebelum suaminya curang kepadanya, dia menilai mutu hubungannya tanpa membandingkan dengan hubungan lain. Kini, dia percaya hubungan suaminya dengan dirinya tidak sebaik hubungan suaminya dengan wanita lain itu. Akibat perbandingan itu, si isteri percaya dia tidak menikmati hubungan yang sebaik apa yang dinikmati oleh suaminya dengan wanita tersebut. Dia percaya kini suaminya menikmati lebih banyak kepuasan dengan wanita itu, manakala dia sendiri berasa dia tidak sepuas suaminya. Dia juga percaya suaminya tidak berapa puas dengan dirinya dan suaminya lebih puas dengan wanita itu.

3. Ramalan negatif

Dengan persepsi seperti itu, si isteri yakin suaminya akan melabur lebih banyak ke dalam hubungannya dengan wanita lain itu. Malah dia percaya ada kemungkinan suaminya akan meninggalkan dirinya sama sekali. Itulah sebabnya kini dia tidak lagi menikmati rasa puas dengan hubungannya dengan suaminya, walaupun suaminya masih memberikan layanan yang sama seperti dulu.

4. Perubahan persepsi

Rasa tidak puas juga datang daripada persepsinya bahawa kini kasih sayang suaminya sudah berkurangan, walaupun suaminya beria-ia mengatakan itu tidak benar. Rasa tidak puas hati itu datang daripada perasaan bahawa dirinya kini sudah tersisih dan terkeluar daripada sebahagian aktiviti suaminya. Dalam lain perkataan, dia kini tahu bahawa ada kalanya suaminya melakukan aktiviti-aktiviti di mana dia tidak diberi tempat sama sekali, seperti apabila suaminya berada bersama-sama dengan wanita lain itu.

Dia juga juga membayangkan bahawa di dalam aktiviti-aktiviti tertentu, suaminya mendapat lebih banyak keseronokan apabila aktiviti itu dilakukan bersama wanita itu. Seterusnya, dia juga tidak puas hati lagi dengan apa-apa yang diterima daripada suaminya kerana kini perkara-perkara itu tidak lagi eksklusif baginya seorang. harap artikel ni dpt membantu kowang dgn memahami pasangan masing-masing dengan baik.

30 Petua Utk Bahagia.... (^_^)v...

MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di dunia ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemikian.

Rasa cinta, kasih sayang dan membina impian untuk hidup bahagia bersama pasangan yang dicintai menjadi harapan kepada pasangan bercinta.

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.

1. Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

3. Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

8. Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila- bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

14. Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.

23. Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

24. Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.