Friday, January 30, 2009

KEMAAFAN KUPOHON...


assalamualaikum kawan2... hari ini... aku nk ambil kesempatan utk luahkan perasaan, dan memohon kemaafan secara terbuka kepada insan2 yg pernah hadir dalam hidup aku... sbb, hati ini sentiasa dibelenggu rasa tidak tenteram, tidak selesa... harap semua dapat menghayati apa yang aku cuba sampaikan...





Kepada rakan2 seperjuangan ku.. Bravo Company 2001-2004... aku tau byk kekurangan aku semasa aku mentadbir B Coy... aku byk2 berterima kasih dgn kehadiran korang semua sebagai skuad aku, pengalaman kita di RMC byk2 mematangkan diri ini, untuk menempuh alam ketenteraan sebenar kelak... GOODLUCK GUYS!!! Semoga korang semua berjaya dalam kehidupan masing2, di dunia dan akhirat, korg tetap skuad kesayangan aku... GEMPUR BRAVO!!!...




MAN TECH 2005.... Pengalaman bersama korang, sgt2lah aku hargai... mcm2 perkara, baik buruk, kita pernah buat sama2... Perkataan SECURE, dah sinonim dgn Man TEch 2005 ni... hehehe... Aku ingin memohon maaf, atas segala2 kesalahan, kesilapan aku selama kita bersama, aku hanya manusia biasa, yang bisa melakukan kesilapan... harap diperbetulkan... Semoga kita semua selamat ditauliahkan sebagai Kapten, dan dapat masuk UNit yang SECURE... hehehe....
Semoga berjaya Kawan2...

(^_^)




ok..... kepada Insan2 Istimewa yg pernah hadir dalam hidup ini... aku cuma leh btau, aku bukan la insan luar biasa, yg boleh berikan kebahagian sepanjang hidup... aku ada byk sgt2 kekurangan... byk yg aku tgh cuba perbaiki utk mematangkan diri ini... semoga Allah bersama2 ku utk memperbetulkan keadaan... kejadian2 lepas, mari kita sama2 jadikan iktibar, utk kita menempuh kehidupan, dan hbgn yang lain...





aku cuma leh btau, aku PASRAH dlm hadapi kehidupan skrg.... dan masa yg singkat utk aku ini, aku nk amik kesempatan utk MEMOHON KEMAAFAN kepada kamu semua, agar diri ini dapatlah berada tenang, tenteram sentiasa.... if ada aku berhutang, berjanji ape2, tuntutlah BILA AKU MASIH ADA INI... jgn tuntut bila aku dlm KAIN PUTIH nnt...

semoga kehidupan kamu semua, diberkati dan dirahmati Allah... InsyaAllah, kamu akan diketemu insan yg TERBAIK untukmu... aku sentiasa doakan yang terbaik....



AKHIR KATA, aku sekali lagi ingin memohon maaf atas segala2nya yg pernah berlaku tatkala MOHAMAD AMZAR B SAFAR ini pernah bersama2 kalian... minta halalkan makan minum, semoga Allah berkati diri kamu semua... siang malam, aku xpernah berhenti utk mendoakan yg terbaik untuk insan2 yg pernah hadir dlm diri ini... AKU SAYANGKAN KORANG SEMUA!!!...


PEACE......

Wednesday, January 28, 2009

Tips untuk Survive dalam Percintaan Jarak Jauh, Sepertiku.... (^_^)v

Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.



Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?



Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.



Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.



Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.



Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Tuesday, January 27, 2009

PERJALANAN MENCARI HIDUPKU...

Assalamualaikum....
Hari ini, aku nk share perjalanan percutian Raya Cina aku... Kerana, ini kali pertama aku berbuat sedemikian.... huhuhu...



DAY 1,23 Jan 2009

Aku start kuar dari UPNM... berjalan kaki dari LRT BTS, ke Masjid BTS utk tukar baju... xkan nk jalan2 pakai baju outing buruk tuh... hahaha... lepas tuh, aku trus bergerak ke rumah sedara, kt cheras... kena tlg kemas2 barang dorg skit, ntah ape2 la dorg tuh... tp ini amanah, kena la ikut... after 2300H, aku bergerak ke destinasi yg xpernah difikirkan sebelum ini dlm hidup2 aku yg lepas... ke KG CHERAS BARU... setibanya daku ke sana, di sambut mesra oleh keluarganya... bahagianya di rumah ini... tido pulak di rumah atokmak... that's the end of day 1...






DAY 2, 24 Jan 2009

planning aku pagi ini, aku nk p setelkan pembayaran bil2 yg tertangguh... malas aku nk delay2 benda2 psl duit nih... dan selesaikan satu masalah yg telah lama ingin diselesaikan... huhuhu... (xperlu mentionkan)... aku kembali semula ke rumahnya, pada pukul 5 lbh... lepas tuh, kami main badminton sama2... ibu pun join skali... happy sgt2 di hati ni, bila hubungan direstui... huhuhuhu... sebelah malam pula, kami belajar sama2, hingga kul 1 pagi... alhamdullillah, ini lah anugerah Allah yg xterhingga untukku... syukurlah... berakhirnya DAY 2....






DAY 3, 25 Jan 2009

hari yg ditunggu2... ibu hantar kami ke Selangor Turf Club (STC)... OPA vs KINRARA... akhirnya, tercapai jgk hajat aku, bawak si dia bersama2 utk melihat aku main kriket................ through out the day... OPA still lose, but aku dpt improvekan BATTING SKILLS aku... Runs yg aku pungut, 30++ dan NOT OUT... huhuhu... game ini, adalah the best yg aku pnh main, xexpect la dapat batting very well.. hik3... abis game, aku tumpang kereta jnr, pi makan kt BTS, sebelum balik kt rumah...




sampai rumah, masing2 kepenatan... tidolah smpi lewat petang.... then malam mcm biasa... study sama2, just kali ini... ape yg boleh aku cakap...aku sgt2 sayangkan dier... ok... that's the end of DAY 3....



DAY 4, 26 Jan 2009

ibu planning nk p tgk rumah kt rawang... kami semua ikut kecuali amir... p bandar tasik putri, komen pasal residential kt sana adalah :

(1) jauh
(2) panas sgt
(3) xde ape2 yg menarik kt sana...






tp, yg menariknya, bila btl2 smpi, dapat rasa KETENANGAN... itu yg sebenarnya ibu cari... huhuhu... then, kami singgah kt rumah jiran ibu kt rawang, lepak2... then ibu meluahkan betapa ibu nk sgt duduk rawang... huhuhu....



then, kami lunch kt Pekan Rawang, yg mmg xmcm pekan... coz kedai byk tutup (Raya Cina)... then, atas permintaan adik beradik, kami semua pergi berkelah kt Bukit Belacan... seeejjukkkk!!!!



menarik pengalaman aku hari ini... terasa happy sgt2... rasa mcm dh jmp ape yg aku nk selama ni, kasih syg dari sebuah keluarga, yg amat2 aku impikan... ok2 sambung, after picnic terus je balik rumah... rehat2... sebelah malam, ibu dikejutkan dgn pak long, nk dtg rumah... risaukan ape ntah... then ada panggilan dari atok nenek dari Singapore, katanya nk dtg sini... hhuurrmmm.... aku tido lewat mlm itu, sbb temankan si dia dan ibu tgk cerita korean... hahaha... habis dh DAY 4..



DAY 5, 27 Jan 2009

Hari terakhirku di rumah si dia... suasana mcm sedih skit... nawi asyik2 ajak main kriket, so aku hadiahkan dier bola kriket tuh, dgn harapan dier leh main kriket mcm aku... hehehehe... sebelah pagi, kami kuar minum dgn ibu kt Restauran Selera Utara... borak2, then p Kedai KK...beli coklat si dia... hari ini xde ape2 sgt, aku pun tiba2 jadi sedih... xtau nk cakap ape ntah hari itu... then, ibu bawak adik beradik p Tesco Extra, makan2, beli belah, then hantar aku pulang ke UPNM jap 1645H... itu je la percutian aku....



(^_^)v

itu saja la coretan hati aku, berkenaan cuti Raya Cina ku... for the 1st time, aku xrs menyesal bila xpulang ke Ipoh kalau ada cuti panjang... rasanya dh jmp ape yg hati ini kehendaki... InsyaAllah, aku akan pertahankannya sehingga akhir hayatku... semoga Allah snts bersama2 kami dlm melayari bahtera kehidupan ini... amin... wassalam...

Thursday, January 22, 2009

LELAKI & WANITA

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi
pada murni rohani
Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI...

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali......

CINTA DAN SUKA

Dari Imam Qusayri,

"Mujahid itu ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya (nafsu) dalam kebanyakan waktunya."

CINTA DAN SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata,
Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata, perasaan suka bermula dari telinga.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

*Cuba fikirkan siapa yang anda cinta dan siapa yang anda suka..


NurKasih Ilahi jadikan impian didunia cintamu
NurKalam Ilahi jadikan hiasan disudut hatimu.

Nilai Tudung Wanita...

Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhrim, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Sama ada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung di peraga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekali gus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhrimnya. Sekali gus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhrimnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apa pun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Sama ada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita Muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.