Sejak kebelakangan ini banyak akhbar, majallah dan tabloid yang menyiarkan gambar-gambar yang mengghairahkan sebagai rakaman pesta millineum yang berlalu. Kita boleh lihat memangnya ramai pemuda pemudi yang bersawo matang yang menunjukkan mereka mempunyai darah Melayu.
Soalnya sekarang apakah mereka beragama Islam? Kalau tidak, mereka sebenarnya mempunyai hak untuk menyambut pesta itu. Mungkin yang boleh dipersoalkan di sini ialah pakaian kebanyakan gadi-gadis itu yang sememangnya mengundang perogol bersiri. Masalah yang selalu timbul dalam soal ini, si perogol tidak sempat merogol mereka kerana baru mahu naik stim mereka sudah melayang dalam kereta . Jadinya orang yang naik stim akan memilih perempuan lain yang tidak pun berpakaian menjolokkan mata. Kita memang mudah tersilap dalam meneka apakah ugama anak-anak muda kita sekarang ini kerana pakaian mereka itu membuatkan kita mahu membuat tekaan berdasarkan tingkah laku mereka. Ini sudah menjadi satu tabiat baru pula.
Sikap begini sebenarnya sudah dirakamkan oleh sejarah sejak kerajaan Melaka menerima kemasukan orang asing dari setiap ceruk dunia. Apabila orang Portugis dan Belanda menjajah Melaka ramai yang mengahwini perempuan tempatan dan tentunya perempuan yang diperisterikan itu adalah perempuan Melayu yang menganut agama Kristian. Kalau kita baca buku sejarah Portugis kita akan dapati perkahwinan itu adalah bertujuan untuk menarik minat orang Melayu agar menukar haluan dalam bidang ketuhanan.
Yang peliknya apabila orang Melayu masuk Kristian nama yang diberikan kepada mereka itu adalah mengikut hawa nafsu para padri dan ketua tentera penjajah tersebut. Kalau seorang Melayu itu menganuti agama Kristian mengikut kemahuan mereka, nama kekeluargaan yang diberikan adalah berlandaskan pekerjaan orang itu ataupun meniru nama keluarga beberapa oraang di Potugal. Kalau orang yang bertukar agama itu seorang yang baik dan disenangi oleh pihak Portugis nama keluarganya adalah mengikut nama orang yang baik-baik di Portugal. Tetapi kalau perwatakan orang Melayu itu kurang disenangi, nama keluaganya itu akan diberikan mengikut nama bajingan pula.
Mungkin disebabkan keghairahan, orang Melayu yang menukar agama kepada Kristian itu tidak pun mahu menyoal kenapakah mereka diberikan nama-nama tertentu ketika itu dan tidak dibiarkan sahaja mengekalkan sedikit nama mereka yang asal. Ini menunjukkan orang Melayu dulu tidak pun diajar bahasa Portugis secukupnya untuk mereka mengetahui keadaan sebenarnya. Kerana itu kita lihat ada orang gerago (panggilan singkat untuk warisan orang Melayu yang beragama Keristian ketika pemerintahan Portugis) yang bernama Fugira yang bererti 'pokok fig' ataupun Cavadenha yang bermakna penggali kubur.
Keupayaan orang Portugis mengahwini perempuan Melayu dan menukarkan agama mereka adalah mencontohi orang-orang China yang mengahwini perempuan Melayu. Inilah dia masyarakat yang dikenal dengan panggilan Masyarakat Nyonya dan Baba. Di tahap awal, masyarakat ini amat taksub dengan tok'kong mereka. Tetapi proses peralihan masa telah menyaksikan ramai di kalangan mereka yang menganuti ajaran Kristian. Keupayaan semua kaum mendatang ini mengahwini perempuan Melayu tanpa menganut agama Islam menunjukkan betapa lemahnya institusi dakwah Islam ketika itu.
Kelemahan ini memang terserlah kerana wujudnya sebilangan besar masyarakat orang asli yang masih memegang fahaman anismisma hingga ke hari ini. Bukankah ini sesuatu yang pelik kerana kita tahu raja-raja sakai pernah bekerjasama dengan raja-raja Melayu dalam pentadbiran negeri mereka. Bukalah lipatan Sejarah Melayu dan kita akan diberitahu betapa rapatnya pertalian mereka. Malahan ramai orang Melayu hari ini adalah hasil perkongsian hidup di antara kedua-dua masyarakat ini. Kita punyai dana yang banyak untuk membolehkan institusi dakwah bergiat cergas. Tetapi, kita diberitahu bahawa kegiatan mengembangkan syiar Islam di kalangan orang asli adalah amat lembab. Ramai orang asli yang masih ternanti-nanti untuk di Islamkan. Malahan, ramai di kalangan mereka lebih berminat mendengar dakwah yang dibawakan para sukarelawati yang bergerak secara persendirian daripada mendengar dakwah yang dibawa oleh pendakwah yang resmi.
Saya pernah bertanya dengan beberapa saudara baharu yang kecewa dengan kegiatan badan kerajaan dan cuba bertanyakan sebabnya. Mereka tersenyum dan menunjukkan keratan akhbar betapa adanya pegawai agama yang mengutip zakat dan menggunakan wang itu untuk membeli rumah dan kereta.
Di Johor Bahru pernah tercatit betapa jabatan agama berelanja besar dengan membeli kereta yang besar-besar. Adalah amat malang, dalam sebuah negara yang menegakkan syiar Islam terlalu kerap kita melihat penyelewengan; baik dari segi penaburan zakat fitrah yang diterima ataupun penyalah-gunaan nama dan gelaran dalam perniagaan. Malahan kita tentu hairan bagaimana orang-orang yang sepatutnya menasihatkan warga istana sanggup membisu melihatkan gelagat keluarga istana yang seolah-olah lupa akan budaya Islam. Apakah kebisuan mereka itu disebabkan takut kehilangan kebesaran yang dianugerahkan oleh istana?
Yang peliknya masih ada gendang nafiri di Istana yang dikatakan bersal daripada kulit ibu yang mati ketika beralin. Ada alat-alat kelengkapan istana yang menggunakan benda-benda yang syirik yang perlu dijaga oleh pawang istana. Malahan masih terdapt upacara pengaruh Hindu tua yang kerap dilaksanakan di istana dengan alasan mengekalkan budaya Melayu. Bukankah upacara itu bertentangan dengan ajaran ugama Islam? Kecurangan pendakwah Islam seperti inilah yang menimbulkan kecurigaan manusia berugama lain yang mahu memeluk agama Islam. Mereka merasa myuskil akan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Salahkah mereka dengan anggapan seperti itu?
Seorang teman dari Eropah telah pergi ke Sabah dan Sarawak untuk menjenguk kegiatan pendakwahan sebagi kajian ijazah kedoktorannya. Beliau ini walaupun peranakan England telah dibesarkan di Dubai dan amat fasih dalam Bahasa Arab. Inilah yang mendorongkannya memeluk agama Islam setelah mempelajari ugama itu selama lebih lima belas tahun. Selama tiga tahun dia pergi balik ke dua-dua negeri Malaysia Timur itu dia dapati bahawa sebilangan besar penduduk yang memeluk agama Islam di bawah usaha gigih Almarhum Tun Mustapha dan juga Tun Abdul Rahman Yaakob sudah berbalik ke ugama asal mereka.
Sebab yang utama terjadinya perkara ini ialah ketiadaaan susulan untuk membantu saudara baru tersebut. Kesilapan yang kedua terletak kepada muslihat politik. Dia tidak mahu menjelaskan perkara ini tetapi dengan rengkasnya beliau telah menyatakan bahawa kalau diambil Sarawak sebagai contoh, ketua menteri yang ada sekarang tidak pernah mahu menyambung kerja-kerja baik yang pernah diasaskan oleh Tun Rahman Yaakob.
Saya telah menghubungi seorang teman yang merupakan anak negeri kenyalang dan beliau telah mengesahkan kajian orang putih Islam itu. Malah katatanya, keadaan kegawatan ekonomi menyebabkan aktibiti dakwah semakin berkurangan. Di tengah-tengah kegawatan ekonomi negara, kita boleh lihat semakin ramai manusia yang hilang arah kerana hilang kemewahan. Semakin ramai yang cuba berhibur diri untuk melupakan kerisauan yang menghantui jiwa. Perkara ini semakin menekan disebabkan kemelut politik orang Melayu. Semakin ramai jerung politik yang akan diheret ke mahkamah, semakin ramai pula anak-anak jerung dan adik beradiknya yang gelabah. Mereka juga hilang arah. Ada yang lari ke Mekah untuk bertaubat depan kaabah. Tetapi ramai yang lari ke karaoke dan bar untuk meneguk segelas dua air pereda bikinan syaitan. Mereka memikirkan dosa bersekongkol dengan iblis mudah dihakiskan dengan meneguk 'air najis'.
Inilah masanya institusi dakwah patut bergiat lebih ceras tanpa batasan dan tanpa pilihan. Sudah ternyata semakin ramai insan Islam dan bukan Islam yang memerlukan bimbingan. Contoh yang paling baik ialah ketika kita kekurangan air disebabkan takungan air yang kontang. Apakah insitusi zakat pernah buat? Pernahkah mereka mengeluarkan bantuan untuk menggali telaga di surau dan masjid ataupun mengeluarkan belanja untuk membuat takung untuk diberi kepada rumah yang tidak mempunyai talang air ?
Kita kerap mendengar rintihan golongan miskin terhadap kos tambang bas anak-anak yang semakin naik dan kos buku tulisan yang semakin naik juga. Kenapakah institusi zakat tidak membantu? Apakah bentuk zakat yang lebih mulia daripada itu? Sekarang ini kita kerap diberiahu betapa beberapa tokoh politik yang akan dihadapkan ke mahkamah kerana harta yang berlebihan. Belum pun mereka dibawa secara resmi sudah ada desas-desus yang mengatakan MAHAFIRAUN tidak suka orangnya masuk penjara disebabkan rasuah. Cerita seperti ini menakjubkan rakyat marhain tetapi bila tiba waktu pemilihan raya kita dapati BN masih menang besar lagi.
Satu perkara yang menarik ialah cara beberapa pemimpin politik mengumpulkan harta semasa memegang jawatan tinggi. Yang membuatkan kita curiga kenapakah orang seperti ini diberikan tempat dalam pucuk kepimpinan parti? Kenapakah mereka masih dibenarkan menggunakan gelaran istana yang telah dianugerahkan kepada mereka? Sepatutnya apabila didakwa, mereka seharusnya dilucutkan daripada segala gelaran yang ada sehinggalah kisah mereka selesai. Jika mereka menang bolehlah mereka menggunakan gelaran itu kembali.
Satu perkara yang kita mesti akur ialah apabila seseorang ahli politik itu bebas daripada dakwaan, ia tidak bermakna beliau tidak pernah curang. Hanya bukti yang lengkap tidak diperolehi atau sengaja tidak diketengahkan. Walaupun dia bebas dari dakwaan di mahkamah kita dapati segala keterangan yang dibentangkan di mahkamah memberikan gambaran jelas bagaimana banyaknya harta yang dikumpulkan oleh orang yang terbabit
Seperti yang dicatatkan dalam mahkamah di Australia, seorang menteri besar mempunyai harta yang begitu banyak sehinggakan beliau mampu membeli harta atas nama isterinya yang tersayang dan adik beradiknya. Pengumpulan harta karun yang begitu hebat tentunya tidak dapat difahami oleh rakyat jelata yang terpaksa berhempas pulas untuk menyara hidup keluarga mereka.
Bayangkan kemampuan seorang menteri besar mengumpulkan harta sedangkan kalau dikumpulkan semua rakyat biasa dalam kawasan pilihanrayanya, mereka secara kumpulan tidak mampu menyimpan sepuluh peratus hasil pendapatan bulanan sepanjang hayat mereka. Simpanan tekumpul itu masih lagi tidak dapat menandingi simpanan menteri besar mereka itu.
Apabila kita mengingatkan kisah ini tentunya kita kagum dengan pertumbuhan ekonomi Selangor. Akan tetapi, kita masih teringat bagaimana seorang menteri besar yang ditangkap dengan harta karun itu telah mengubah rang undang-undang Majlis Syah Alam untuk membolehkan seorang kepercayaannya yang juga seorang bekas guru untuk menjadi Presiden Majlis Bandaran itu. Pelbagai cerita yang kita dengar dalm episod itu. Ketika itu pegawai exco berkenaan telah memegang jawatan pengurus bola sepak Selanogor. Pasukan bolasepak itu sekarang dikatakan hampir muflis. Terlalu banyak wang telah dialirkan sehinggalah pasukan bola itu membeli pemain luar negara dengan harga berjuta ringgit.
Disebabkan kes seperti ini kita dapati DSAI pernah membatalkan 'konsep payung' dalam pengagehan kontrak kepada kontraktor bumiputra. Inilah konsep yang memayung pihak kroni ataupun kaum kerabat orang yang berkuasa. Inilah konsep yang membuatkan beberapa orang kontaktor Melayu menjadi kaya raya dalam sekelip mata. Ada rakyat kampung yang mengatakan konsep payung menggunakan serapah yang digunakan nabi Sulaiman asw ketika mengalihkan kerusi puteri Sheba ke istananya.
Begitulah kisahnya kalau seseorang pemimpin itu terus curang sehinggakan tindak-tanduknya mencetuskan kecurigaan kepada penyokongnya. Kerana pemimpin yang curang makanya rakyat merasa teraniaya dengan kegawatan ekonomi kerana mereka tidak terbabit dengan kecurangan itu. Rakyat mahukan pemimpin yang curang dibawa ke mahkamah untuk diadilkan. Mereka tidak faham bagaimana menteri mampu membeli Masaretti dan Lombaghini sedangkan kereta demikian berharga berjuta-juta ringgit. Bagaimana pula dengan Mak Menteri yang mampu membeli intan berlian berjumlah beratus ribu ringgit sekali pakai?
Yang peliknya semua nama-nama yang curang ini dipertahankan oleh MAHAFIRAUN. Mereka masih lagi memegang jawatan besar dalam kerajaan walaupun ramai yang sudah kehilangan kedudukan dalam parti. Sekarang telah timbul desas-desus MAHAFIRAUN mahukan orang-orang ini diberikan kedudukan dalam pencalonan pemimpin UMNO pada bulan Mei ini. Tentu sekali rakyat bingung dengan fenomena ini.
Rakyat menjadi tertekan seperti tertekannya mereka dengan keputusan konsensus yang menetapkan dua jawatan tertinggi dalam parti tidak boleh ditandingkan. Rakyat semakin curiga. Kebanyakan ahli akar umbi semakin keresahan. Mereka tersenak dengan bertanya kenapakah muka yang curang mesti terus disokong? Apakah ertinya perjuangan kalau kecurangan disorok dan dianggap satu perkara enteng belaka? Kenapakah UMNO terus menconteng arang pada maruah bangsa Melayu? Apakah muslihat sebenar MAHAFIRAUN mahukan muka-muka jembalang ini dipamerkan sebagai pemimpin negara?
Apabila kecurigaan ahli akar umbi terus tidak dijawab maka ia akan mencetuskan satu senario kurang ajar secara berkumpulan di kalangan orang Melayu. Sekaligus budaya kurang ajar yang jarang dipertontonkan secar berkumpulan oleh masyarakat Melayu akan muncul untuk mengegarkan keharmonian semangat bermaaf-maafan di kalangan masyarakat Melayu itu sendiri. Ini bererti MAHAFIRAUN dan para pemikirnya telah berbuat satu kesilapan yang amat besar dalam sejarah tamaddun Melayu. Mereka telah memperlekehkan maruah bangsa sehingga memikirkan bahawa sikap kesetiaan rakyat biasa masih boleh dikotak-katikkan untuk kepentingan politik mereka.
Sebaliknya pula kita boleh merasakan gegaran emosi kemarahan daripada akar umbi. Pelbagai reaksi negatif telah timbul dan laksana tempoyak yang lama diperam dalam satu balang yang ditutup rapat, gegaran itu akan membuatkan fermentasi emosi Melayu semakin meluap dan besar kemungkinannya meletup tidak lama lagi. Seandainya in berlaku, sejarah tamaddun Melayu akan menyaksikan satu perubahan budaya Melayu. Ledakan emosi seperti yang dipertontonkan dalam episod Natrah di Singapura akan berulang kembali. Kali ini ia akan berlaku kerana akar umbi tidak puashati dengan cara pemikiran mereka itu cuba dikongkong oleh pucuk pimpinan parti. Akan meletuslah nanti segala rupa bentuk ketidakpuasan yang terperam sekian lama.
Seperti yang kita saksikan dalam pergolakan revolusi rakyat di Peranchis satu ketika yang lama dulu, ledakan revolusi orang Melayu secara berkumpulan ini akan menukarkan imej Melayu itu daripada satu bagsa yang taat setia dan patuh pada arahan kepada satu bangsa yang terlalu curiga mencurigai terhadap pepimpinnya. Inilah risikonya kalau kita terlalu mempercayai seseorang itu semata-mata bersandarkan kepintarannya bermain silap mata. Inilah yang diramalkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, pada satu ketika dulu. Apakan daya, bubur sudah menjadi nasi.
-MT-
7 Januari 2000.
No comments:
Post a Comment