Thursday, February 5, 2009

Menyayang & Disayangi


Manusia bahagia bila dia mampu ‘membuka mata’ untuk melihat dan menyedari bahawa dia memiliki banyak hal yang bererti. Manusia boleh bahagia bila dia mahu membuka mata hati; untuk menyedari betapa dia dicintai. Manusia boleh mengecapi bahagia, bila dia mahu membuka diri agar orang lain boleh mencintainya dengan tulus.

Manusia tidak bahagia kerna tidak mahu membuka hati. Tidak mahu berusaha meraih yang tidak dapat diraih. Tidak memaksa diri untuk mendapar segala yang diinginkan. Tidak mahu menerima dan mensyukuri apa yang dia ada. Manusia buta; kerna egois dan hanya memikirkan diri sendiri. Tidak sedar bahawa dia begitu dicintai, tidak sedar bahawa saat ini apa yang ada adalah baik. Tidak berusaha ntuk meraih lebih daripada yang sudah ada dan tidak mahu sedar diri kerna dikuasai nafsu. Ada teman yang begitu mencintai, namun tidak diindahkan kerna memilih, menilai dan menghakimi sendiri tentang orang lain. Memilih dan mencari-cari teman, sedangkan di depan mata ada teman yang sejati.

Hakikatnya, setiap insan mempunyai perasaan masing-masing. Seseorang itu boleh menjadi seorang yang hebat. Boleh menjadi nombor satu dalam bidang kepakarannya, tetapi belum tentu dalam hal lain. Mungkin dicintai oleh seseorang, namun belum tentu orang lain.

Sumber kebahagiaan dari dalam diri sendiri. Jikalau berharap daripada orang lain, bersedialah untuk ditinggalkan, bersedialah untuk dikhianati.

Kita akan rasa bahagia bila boleh menerima diri kita seadanya, mencintai dan menghargai diri sendiri, mahu mencintai orang lain dan mahu menerima orang lain.

Percayalah kepada Tuhan dan bersyukurlah kepadaNya, bahawa kita sering diberikan yang terbaik sesuai dengan usaha kita, tak perlu berasa hati, Dia akan memberi kita pada saat yang tepat apa yang kita perlukan. Percayalah walaupun kita tidak memperolehinya bukan hari ini, esok masih ada…insyaAllah. Berusaha dan bahagialah kerna kita dicintai oleh orang ramai..

No comments:

Post a Comment